BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Suami cuba sembelih Isteri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
frontpage.jpg


KUALA LUMPUR: Berang ditegur kerana minum arak, seorang lelaki berusia 50-an cuba menyembelih isterinya dengan parang menyebabkan wanita itu cedera di tangan ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian di rumah mereka di Wangsa Melawati, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, tindakan pantas anak lelaki pasangan terbabit berusia 26 tahun membantu menyelamatkan ibunya berusia awal 50-an daripada ‘disembelih’ bapanya.

Biarpun berjaya diselamatkan anak lelakinya, wanita terbabit cedera di kedua-dua tangan selepas terkena parang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Menurut sumber, kejadian itu bermula apabila mangsa menegur suaminya supaya berhenti meminum minuman keras kerana membazir selain berdosa.


“Teguran mangsa menyebabkan suspek berang lalu memukulnya. Suspek bukan saja menampar, malah turut menumbuk dan menendang wanita itu hingga terjatuh.



“Penderitaan mangsa tidak berakhir apabila suaminya bertindak lebih ganas dengan mengambil parang,” katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Suamicubasembelihisteri/Article
 
Last edited:
ini sebabnya arak diharamkan ni...hilang akal,anak bini pun nak disembelihnya.
 
tk sayangkan keluarga..minum arah....hilang waras...jadi mangsa org terdekat ;er..
 
yg peliknya ada golongan tu suka sgt minum arak pastu rakyat malaysia pulak mengangkat golongan itu menjadi pemimpin mereka :))
 
seb baik tak sembelih terus kalo tak naya ..
 
Back
Top
Log in Register