BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Struktur kuil Cleopatra ditemui

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
SKANDARIAH - Sekumpulan pakar arkeologi Mesir membawa keluar satu struktur kuil purba granit dari kompleks istana Ratu Mesir, Cleopatra yang tenggelam di Laut Mediterranean.

Struktur itu kini berada di pelabuhan Iskandariah, Mesir.

Beberapa penyelam dan pakar arkeologi menggunakan sebuah kren serta tali untuk menaikkan struktur setinggi 2.2 meter dan berat sembilan tan itu dari dasar laut semalam.

Struktur itu merupakan sebahagian dari pintu masuk ke kuil Isis, dewi kuno yang menjaga kesuburan dan magis.

Ia dipercayai terletak berhampiran istana milik Ratu Cleopatra di kota pelabuhan Iskandariah yang tenggelam ke dasar laut sejak berabad-abad lalu.

Cleopatra yang terkenal kerana kejelitaannya, memerintah Mesir pada kurun pertama sebelum masihi.

Struktur itu akan menjadi bahan pameran utama sebuah muzium bawah laut yang akan dibina di Mesir.

Semua artifak yang ditemui di dasar laut Mediterranean bakal dipamerkan di muzium tersebut. - AP
 
picture pls.........:D
 
du_06.1.jpg

SATU struktur granit kuil purba diangkut dari Laut Mediterranean di Iskandariah semalam
 
ada gak tengok cerita ni kat discovery hari tu.

Ada perebutan kuasa antara adik dia dengan si cleopatra ni. Last2 cleopatra ni bunuh semua adik2 dia supaya dia sorang je ada kuasa memerintah
 
Back
Top
Log in Register