akiyamasan
Active+ Member

- Messages
- 4,826
- Joined
- Mar 10, 2011
- Messages
- 4,826
- Reaction score
- 1,513
- Points
- 111
Sebetulnya aku dah terlewat sebab jawatan dah tinggi dan umur pun dah pertengahan. Nak bertukar bidang memang hampir mustahil. Cuma boleh bertukar ke bank lain tapi bakal hadapi benda yg sama juga dan nak cari jawatan macam ni lat bank lain tak banyak.
Setakat ni nampaknya yg boleh dibuat ialah buat bisnes. Tapi yg buat aku down aku tengok kawan2 aku yg pernah berhenti dulu dan venture bisnes semuanya lingkup sampai ada yg buat grab pun ada.
Loan rumah dan kereta semua dah habis bayar. So komitmen loan dah xde. Modal kalau nak berniaga memang ada. Tapi aku tak tau apa2 pasal bisnes. Evaluate business dan corporate loan taulah aku. Tapi nak buat bisnes huh berpeluh memikirkannya.
.
Bro sebetulnya kalau belum ada background bisnes atau masih cuba2 nak terjun bisnes baik elakkan kalau saving yg ada ngam2 sahaja..
Lain lah bro memang betul2 dh keep up dgn sesuatu bisnes semasa bekerja..
Try explore kerja lain yang lebih mudah, selamat dan lumayan macam ejen takaful ke, ejen rumah ke..sebb aku pernah tgk sepupu aku habis PHD buat ejen rumah laki bini dari zero sampai komisyen dah cecah 30k tiap2 bulan..
Tapi kalau hati dah keras nak bisnes jugak, mulakan dengan bisnes2 mudah macam goreng pisang ke, nasi lemak ke, jual air balang ke atau pasar malam..
Bisnes macam ni nampak macam x ada klass, tapi kalau pandai manage, gaji menteri pun kalah..