nie reportaku buat dh sepuluh hari line internet masih hampeh lagi
emmm jawap emel pun x tau bila boleh siap...
technicians mai umah aku dh 3 kali dh...
tapi masih mcm biasa gak
nie emel tm balas kat aku...
Kepada Encik Rahmat,
Terima kasih di atas e-mel anda kepada TM. Kami memohon maaf di atas kelewatan membalas e-mel ini.
Kami merujuk kepada pertanyaan anda mengenai isu sambungan Streamyx anda. Kami memohon maaf di atas kegagalan Streamyx anda untuk memberikan penyambungan internet yang baik. Walaubagaimanapun, merujuk kepada sistem kami, kami dapati terdapat satu laporan yang telah dibuat berkenaan dengan isu ini. Untuk makluman anda, nombor laporan tersebut ialah 1-3597866356. Untuk pengetahuan anda, laporan ini masih lagi dalam siasatan Pihak Teknikal kami. Namun begitu, kami telah mengemaskinikan laporan anda dengan keputusan "ping" yang anda hantar.
Kami memahami bahawa laporan ini telah mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Namun begitu, dukacitanya kami ingin maklumkan bahawa kami tidak dapat memberikan sebarang jangka masa untuk laporan ini diselesaikan. Walaubagaimanapun, kami telah maklumkan kepada Pihak Teknikal ini supaya menyelesaikan isu anda dengan kadar yang segera. Anda boleh menghubungi Pihak Teknikal kami di talian 100 dan pilih "Perkhidmatan Internet" untuk mengetahui status laporan anda.
Kami sekali lagi memohon maaf diatas segala kesulitan yang anda hadapi dan sokongan yang diberikan amat dihargai.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau maklumbalas, sila e-mel kami di
[email protected].
Anda juga boleh menghubungi TM di talian 100 and pilih ?Perkhidmatan Internet? untuk bantuan lanjut.
Kami amat menghargai maklumbalas anda dan akan terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan kami.
Yang benar,
Mohd Zulfadli B Mohammad Zulkifly
Customer Care Support, Internet Services,
Customer Service Management,
TM Retail.