BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stesen minyak kena pecah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Bukit Mertajam: Sebuah stesyen minyak di Jalan Permatang Pauh, di sini, kerugian lebih RM4,000 selepas dipecah masuk empat lelaki bermotosikal di sini, 6.45 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, kesemua suspek menaiki motosikal itu dipercayai memecah cermin kaunter bayaran di stesyen minyak berkenaan sebelum masuk ke dalam kedai.

Ketua Polis Daerah Seberan Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, ketika kejadian stesyen minyak berkenaan ditutup.


Rusli berkata, kesemua mereka memecah masuk ke dalam kedai serbaneka sebelum melarikan mesin jualan kedai, beberapa kotak rokok pelbagai jenama dan beberapa botol minyak pelincir.

Beliau berkata, kejadian berkenaan hanya disedari pekerja stesyen minyak yang datang bekerja ke kedai berkenaan 6.45 pagi tadi.
Menurutnya, pihaknya masih menyiasat kejadian berkenaan termasuk meneliti rakaman di kamera litar tertutup (CCTV) stesyen minyak berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.



sumber:http://www.hmetro.com.my/node/72314
 
Sepatutnya bawak tong. Boleh isi minyak skali
 
Masa pecah dgn masa pekerja dtg sama.

X nmpk ke..
 
Back
Top
Log in Register