BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pemandu Lori Ais Ditahan Isi Diesel Dari Empat Stesen Minyak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Pemandu Lori Ais Ditahan Isi Diesel Dari Empat Stesen Minyak​

5acb6cc6cf86219b98fe58bb6693e71c6a0e8ed7bf624

Kredit KPDN Kedah

Seorang warga emas ditahan selepas disyaki mengisi dan mengumpul minyak diesel menggunakan sebuah lori ais di sebuah stesen minyak di Legenda Heights di sini, semalam.

Lelaki berusia 61 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, hasil risikan selama dua minggu.

KPDN Kedah dalam kenyataan memaklumkan hasil pemeriksaan terhadap lori ais yang dipandu lelaki itu menemukan satu tong IBC berkapasiti 1,000 liter yang penuh berisi cecair disyaki minyak diesel.

“Siasatan awal mendapati suspek membeli minyak dalam tong IBC tersebut di empat stesen minyak sekitar Sungai Petani. Kesemua barangan itu kemudian disita melibatkan nilai keseluruhan rampasan RM38,005.” kata kenyataan itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) kerana memiliki barang kawalan (minyak diesel) tanpa permit.

 
Back
Top
Log in Register