BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stafoc tembak mati 2 penjenayah

LIGAN

Active+ Member
Messages
2,912
Joined
Dec 15, 2011
Messages
2,912
Reaction score
687
Points
81
ALOR GAJAH: Polis menembak mati dua penjenayah selepas berbalas tembakan di Jalan Gangsa, Batu Berendam menghala ke Angkasa Nuri di sini, tengah hari tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, suspek berusia lingkungan 40-an, masing-masing warga tempatan dan asing yang menaiki kereta Mercedez Benz dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Taman Seri Bayan di sini.


Ketua Polis daerah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz, ketika ditemui, berkata ketika diminta memberhentikan kenderaan, suspek melepaskan tembakan ke arah polis.

Katanya, anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) terpaksa membalas tembakan untuk mempertahankan diri.


Berita penuh menyusul
 

Attachments

  • 32.1 KB Views: 112
  • 119.9 KB Views: 111
image.jpg

KEADAAN di lokasi kejadian berbalas tembakan melibatkan kematian dua penjenayah di Jalan Angkasanuri, Durian Tunggal dekat sini tengah hari tadi - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

ALOR GAJAH 15 Jan. - Dua penjenayah yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di Kuala Lumpur, Johor dan Selangor mati ditembak sepasukan polis di Jalan Angkasanuri, Durian Tunggal dekat sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu, penjenayah terbabit dikesan berada di Taman Seri Bayan menaiki kereta jenis Mercedes-Benz E250 sebelum diarahkan berhenti oleh Anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abd. Aziz berkata, kejadian berbalas tembakan berlaku apabila penjenayah terbabit ingkar terhadap arahan tersebut, malah memulakan tembakan ke arah anggota polis terbabit.

“Kedua-dua penjenayah mati di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati terdapat sepucuk pistol, tiga butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan akan meneliti beberapa lagi kes lain yang dilakukan sebelum ini.


http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/dua-penjenayah-mati-ditembak-polis-1.590726
 
ptotla kecoh td grup2 wasap geng melaka semua.. jalan tutup berhampiran airport batu berendam.
 
Tengahari pun boleh berlawan tembak..
 
Back
Top
Log in Register