BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Stadium jadi Dataran Kajang

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KAJANG: Stadium Kajang yang dibina pada 1974 akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan pusat rekreasi serba lengkap yang diberi nama Dataran Kajang, bermula semalam.
Bagaimanapun, kerja-kerja merobohkan stadium berkenaan hanya membabitkan sebahagian daripada tembok dan tempat duduk, manakala padang akan dinaik taraf kerana terkandung dalam pelan perancangan dataran berkenaan.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abdul Rahman, berkata dataran itu akan dibina secara berperingkat dan dijangka menelan belanja RM5.3 juta.


“Fasa pertama membabitkan taman permainan kanak-kanak dan kami harap ia disiapkan dan dibuka kepada orang ramai sebelum 31 Ogos ini,” katanya ketika menghadiri majlis pecah tapak Dataran Kajang di sini, semalam.


Katanya, dataran itu akan dijadikan tempat rekreasi mesra pengguna dan dilengkapi dengan kemudahan riadah seperti kompleks futsal, gelanggang badminton serta trek joging.


Turut dibina sebuah pentas yang berlatarbelakangkan ikon bandar Kajang iaitu sate untuk kegunaan masyarakat.
 
elok sangat lah tu....sesak ajer kat situ kajang awal2 bulan nie
 
Back
Top
Log in Register