BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Terima Laporan Isu Naik Taraf Stadium Nasional Bukit Jalil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM Terima Laporan Isu Naik Taraf Stadium Nasional Bukit Jalil​

1dddae1c23739e476721a124cc50b3d16a1941e82fdd4


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menjalankan siasatan dan meneliti maklumat berhubung isu proses penilaian dan pelaksanaan kerja naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan itu dijalankan susulan laporan berita tempatan semalam serta aduan yang diterima pihaknya mengenai perkara tersebut.

“Isu itu kini dalam perhatian SPRM untuk siasatan dan tindakan lanjut termasuk penelitian melibatkan maklumat serta dokumen berkaitan yang diterima.

“SPRM sentiasa memandang serius sebarang dakwaan yang mempunyai unsur rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melibatkan kepentingan awam serta perolehan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

SPRM menghargai kerjasama pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil membantu siasatan, bagi memastikan proses penelitian dapat dijalankan secara menyeluruh dan professional.

Bagaimanapun, individu yang menyalurkan maklumat dinasihatkan agar tidak mendedahkan butiran aduan kepada pihak lain, bagi mengelakkan kebocoran maklumat yang boleh menjejaskan proses tindakan lanjut SPRM.

Media sebelum ini melaporkan seorang kontraktor membuat laporan kepada SPRM pada Selasa lepas, berhubung isu proses perolehan projek naik taraf Stadium Nasional Bukit Jalil yang dianggarkan bernilai RM24 juta yang didakwa melibatkan dua tender berkaitan persiapan temasya Sukan SEA 2027.

 
Back
Top
Log in Register