BTC USD 83,897.4 Gold USD 4,151.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SSM -- Ape Cite NI???

Salah siapa ni??


  • Total voters
    0
kesian kalau kene mcm nih..
kiter tak tau apa2 alih surat sampai je kat rumah.. aduh!
 
Cuba baca kisah ni dulu

Dah berulangkali jadi macamni. Kali ni, seorang tukang kebun orang kurang upaya (OKU), menjadi mangsa. Diberitakan bahawa namanya tersenarai sebagai Pengarah bagi 3 buah syarikat tanpa beliau sedari. Yang kami kecewa, bagaimana Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM boleh daftarkan nama seseorang dengan senang?

Kalau sekadar daftar nama, mungkin tidak mengapa lagi, tapi apabila sampai kena kejar dengan bank disebabkan menjadi penjamin untuk sebuah kereta mewah Mercedez Benz dalam salah satu syarikat tersebut, itu sudah melampau.

“Jika difikirkan secara logik, memang tidak masuk akal seorang OKU mampu untuk menjadi penjamin membeli kereta mewah sedangkan gaji bulanan saya sekadar cukup makan.

“Saya sedar nama saya digunakan untuk menjadi penjamin setelah pihak bank menghantar surat meminta saya untuk menjelaskan hutang yang tertunggak.”

Macamana bank tak teliti dalam meluluskan pembelian kereta mewah ini? Takkan begitu senang je nak luluskan? Takkanlah nama seseorang yang berdaftar di bawah OKU, bekerja hanya sebagai tukang kebun, boleh jadi penjamin untuk beli kereta Mercedez Benz?

“Banyak kali saya ke bank, tetapi masalah saya masih tidak diselesaikan. Keadaan tersebut membuatkan saya bertindak untuk membuat aduan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuantan dengan harapan mereka dapat membantu,”

“Tidak dinafikan, kad pengenalan saya pernah hilang beberapa kali. Namun, saya sendiri tidak pasti apa yang berlaku ada kena-mengena dengan kehilangan kad pengenalan tersebut atau tidak,”

Tapi kami, ada juga pengalaman membuka syarikat, kalau nak daftar nama perniagaan pun, memang senang sangat sebenarnya. Kalau nak suruh orang lain daftarkan pun boleh.Janji dah buat salinan ic, dan tanda tangan borang, dah cukup.

Sebab senang macamni lah yang buatkan orang mudah ambil kesempatan.Bila dah jadi macamni, dah susahkan orang lain.

Sia-sia, orang lain menjadi mangsa. Sepatutnya, SSM perlu memperketatkan syarat-syarat nak daftarkan perniagaan ini. Kalau boleh, kami sarankan agar SSM buat kaedah di bawah:

Individu yang nak daftar perniagaan, perlu hadir sendiri ke SSM
Buat database link dari JPN dan SSM, supaya individu ingin mendaftar adalah sah.
Sebelum nak apply, check IC individu samada maklumat dan gambar dalam IC adalah sama dengan database Jabatan Pendaftaran Negara
Tolonglah buat sesuatu wahai kementerian. Benda macam ini dah banyak kali berlaku. Kesian kat orang-orang yang tak bersalah, yang terpaksa menanggung masalah orang lain pulak. Ubah sikit cara aplikasi setiap jabatan. Kata nak kejar Wawasan 2020.

Masalah OKU ini telahpun dilanjutkan kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan,Sim Chon Siang yang telah mendapatkan peguam untuk menyelesaikan Syawaludin.

“Buat masa ini, kami akan serahkan kes ini kepada peguam yang dilantik kerana kami sendiri tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menyelesaikannya. Apa yang boleh saya kata, kami akan mengambil tindakan saman kepada pihak terbabit.

“Memandangkan kami tidak mendapat kerjasama dari pihak bank, jadi saya rasa itulah cara terbaik untuk mencari penyelesaian kes ini,”

P.S. Tak pasal-pasal. Kesian Syawaludin.

Sumber -- Beritasemasa

ape pendapat korang??

kesian kat OKU tu....
 
pelik aku...SSM ni ada sesetengah isu ni laju je tindakan..sesetengah tu lem***.....birokrasi btul la
 
SSM ni senang je nak lawan. Hantar surat minta tunjuk sebab kat dia, cc mana2 wakil rakyat. Gelabah sampan la tu nanti.

I personally pernah buat. Tak cc mana2 wakil rakyat pun. Tapi I mention "setelah mendapat pandangan dan nasihat peguam dan ahli politik"... tak lama lepas tu tutup kes.. :)

Kena pandai gertak... kalau tak kita yang susah.. :)
 
SSM ni senang je nak lawan. Hantar surat minta tunjuk sebab kat dia, cc mana2 wakil rakyat. Gelabah sampan la tu nanti.

I personally pernah buat. Tak cc mana2 wakil rakyat pun. Tapi I mention "setelah mendapat pandangan dan nasihat peguam dan ahli politik"... tak lama lepas tu tutup kes.. :)

Kena pandai gertak... kalau tak kita yang susah.. :)

nk kena gertak pkai nama org besar jgk..birokrasi kuat btol la ssm
 
bila lah kita nak start saman SSM atas urusan2 yg tak masuk akal tu!

sekali SSM kena saman, gerenti dia serik.

ni mesti SSM ada sindiket ni.
 
Masak macam ni... mati kering dibuatnya... :o
 
nk kena gertak pkai nama org besar jgk..birokrasi kuat btol la ssm

Kalau ada specifik wakil rakyat yg nak kita cc tak pe. Tapi kalau tak de tak perlu pakai nama pun tak pe. Cukup sekadar beritahu ahli politik. Yang lain pandai2 la dia nak tafsir macam mana. Biasa la nama pun pegawai kerajaan, tak kan nak cari pasal kat ahli politik, lebih2 lagi kalau dari parti yang memerintah. :)

So sama je kes nya kalau kena dekat pegawai kerajaan negeri. :)
 
Kalau ada specifik wakil rakyat yg nak kita cc tak pe. Tapi kalau tak de tak perlu pakai nama pun tak pe. Cukup sekadar beritahu ahli politik. Yang lain pandai2 la dia nak tafsir macam mana. Biasa la nama pun pegawai kerajaan, tak kan nak cari pasal kat ahli politik, lebih2 lagi kalau dari parti yang memerintah. :)

So sama je kes nya kalau kena dekat pegawai kerajaan negeri. :)

Hahahahaha.....btol2....
 
Back
Top
Log in Register