saya mengucapkan terima kasih kpd sdra syed_fx kerana sudi share ilmu kat sini..ini adalah satu pengorbanan yg amat berguna..semoga Allah membalas jasa baik sdra.
kepada member lain yg tidak secocok dgn indi ni saya rasa elok abaikan saja dan tak usahlah menyatakan yg bukan2 atau dgn menggunakan perkataan yg tidak menyenangkan hati sesiapa.
lagipun system atau indi ni bukannya dijual cuma bagi free je..bagi saya indi senyumsokmo memang best dan sesuai mereka yg trading long term.
saya tertarik dgn kata-kata sdra syed_fx :
Sekiranya teknik ini tidak “ngam” dengan anda, tidak mengapa. Saya cuma ingin berkongsi ilmu yang tak seberapa ini dengan saudara dalam mencari beratus Pips seminggu. Diharap teknik ini tidak dijual oleh mana individu yang berkepentingan dari hasil titik peluh orang lain lain. Yang buruk datang dari saya yg serba lemah ini, yang baik semuanya datang dari ALLAH Taala jua. Kita hanya mampu merangcang ALLAH Taala jualah yang menentukan..
Akhir kata SeLamaT meMorEX & SenyuM Sokmo..