BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral SPRM tahan tiga pegawainya

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,254
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,254
Reaction score
1,661
Points
201
KENYATAAN MEDIA SPRM

SPRM SAHKAN TAHAN TIGA PEGAWAI
FB_IMG_1632124907201.jpg

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menahan tiga pegawai Suruhanjaya ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

Ketiga-tiga pegawai terbabit telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA

20 SEPTEMBER 2021
 
kalu org lain kena 20yrs .. kalu staff sendiri sepatutnya double dengan sebatan sekali...
 
Dia punya nasib dia makan.. awk punya nasib awak makan.... Masing2 manusia.. hmm undang3 kene ketat aaa bile nak setel mcm ni.. lantikan penolong ketua jbtn ke. perolehan ke.. patut deglare income n integrity.. susah sgt ke
 
Sudah-sudahlah guna ayat tak akan berkompromi tu, lama dah basi.
Rakyat nak tengok tindakan, bukan janji merapu korang.
 
Back
Top
Log in Register