BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Tahan Pendakwah Bebas Disyaki Seleweng Dana NGO RM12.3 Juta

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
e4e32bbf122f1b731aad627db831443669e89ebb02479

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditempatnya bekerja kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.
Kredit: SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pengerusi NGO disyaki melakukan perbuatan tersebut pada September 2022 hingga kini.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat bersama dua ahli jawatankuasa yang lain dengan memindahkan wang berjumlah kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lapan lagi syarikat yang juga miliknya,” katanya.

Susulan siasatan tersebut, sumber itu memaklumkan SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun yang terdiri daripada tiga akaun bank persendirian, tiga akaun bank NGO dan sembilan akaun bank syarikat dengan nilai berjumlah kira-kira RM16.5 juta.

Selain itu, SPRM menyita wang tunai sebanyak RM6,576 serta mata wang asing Riyal 95,568 dan Dolar Singapura SGD795.

Turut disita, tiga jam tangan bernilai kira-kira RM5,000; tiga beg tangan bernilai kira-kira RM3,000; lima gelang tangan bernilai kira-kira RM26,000; sebentuk cincin bernilai kira-kira RM2,000; seutas rantai bernilai kira-kira RM7,000; dan 51 keping emas seberat satu gram bernilai kira-kira RM31,000.

Menurut sumber, perintah reman selama lima hari sehingga 26 April terhadap lelaki terbabit dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Seremban pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

 
14214917990931445-391833.jpg

14214917990931445-391834.jpg

14214917990931445-391835.jpg

14214917990931445-391836.jpg

14214917990931445-391837.jpg

14214917990931445-391838.jpg


Pendakwah bebas pula disyaki seleweng dana NGO RM12.3 juta

SEREMBAN - Seorang pendakwah bebas direman lima hari kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatnya bekerja berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.


Reman terhadap suspek bermula pada 22 April sehingga 26 April ini.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 8 malam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang juga merupakan pengerusi NGO tersebut disyaki melakukan perbuatan tersebut pada September 2022 hingga kini.

“Suspek dipercayai telah menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat bersama dua ahli jawatankuasa yang lain dengan memindahkan wang berjumlah kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lapan lagi syarikat yang juga miliknya,” katanya.

Tambahnya, susulan siasatan tersebut, SPRM Negeri Sembilan telah membekukan 15 akaun terdiri daripada tiga akaun bank persendirian selain tiga akaun bank NGO dan sembilan akaun bank syarikat dengan nilai berjumlah kira-kira RM16.5 juta.

Selain itu, turut disita ialah wang tunai termasuk mata wang asing serta tiga unit jam tangan bernilai kira-kira RM5,000, tiga unit beg tangan berjumlah kira-kira RM3,000 serta lima unit gelang tangan berjumlah kira-kira RM26,000.

"Turut disita ialah sebentuk cincin berjumlah kira-kira RM2,000, satu unit rantai berjumlah kira-kira RM7,000 dan 51 keping emas seberat 1 gram berjumlah kira-kira RM31,000," katanya.


Kredit➡️ Sinar Harian
 

Seleweng Dana NGO: SPRM Sita RM4 Juta Aset Pendakwah Bebas​

298b53a50ca5ee56d3186b31208762165ebc1e4c5898b


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita pelbagai aset berjumlah kira-kira RM4 juta dipercayai milik seorang pendakwah bebas berhubung siasatan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut sumber, SPRM Negeri Sembilan telah melakukan sitaan terbaharu hari ini termasuk pelbagai mata wang asing dan tempatan berjumlah RM152,155 selain Riyal (7,325) dan Dolar Singapura (SGD27,134).

“Turut disita pelbagai perhiasan emas bernilai kira-kira RM2 juta, menjadikan nilai sitaan semalam dan hari ini berjumlah kira-kira RM4 juta,” katanya.

Sumber itu turut memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati dua ahli jawatankuasa yang disyaki bersubahat dengan pendakwah bebas berkenaan ialah isterinya, yang juga bendahari NGO tersebut dan seorang lagi iaitu setiausaha.

“Siasatan turut mendapati duit yang dipercayai dipindahkan ke akaun bank milik pendakwah bebas itu dan juga ke lapan akaun bank syarikat yang juga milik individu itu dilakukan tanpa pengetahuan ahli jawatankuasa lain,” katanya.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata lapan syarikat terbabit ialah syarikat percetakan, penerbitan, jualan buku, pemasaran, penjualan produk, pengurusan sumber manusia dan pengurusan duta produk.

Semalam, SPRM Negeri Sembilan menahan seorang pendakwah bebas yang disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana sebuah NGO berjumlah kira-kira RM12.3 juta untuk kepentingan peribadi.

Lelaki berumur lingkungan 30-an itu ditahan reman selama lima hari hingga 26 April ini.

 

Pendakwah Bebas Disyaki Seleweng Dana NGO Disambung Reman​

e2128d25baca35ee5a1855f33638953269eda64c9b1f1

Kredit: SPRM Negeri Sembilan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan memperoleh kebenaran menyambung reman seorang pendakwah bebas yang disyaki menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjumlah kira-kira RM12.3 juta.

Perintah reman sehingga 1 Mei terhadap suspek berusia lingkungan 30-an dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Permohonan dibuat susulan tempoh reman asal suspek tamat hari ini.

Pengarah SPRM Negeri Sembilan Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, suspek direman lima hari sejak Rabu lepas dan setakat ini, SPRM telah membekukan 15 akaun bank berjumlah kira-kira RM16.6 juta terdiri daripada empat akaun individu, tiga akaun NGO dan lapan akaun syarikat.

Selain itu nilai sitaan terkini merangkumi RM158,731, Riyal 102,893, Dolar Singapura SGD27,929 dan barangan kemas bernilai kira-kira RM2 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 serta di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memanggil 14 hingga 15 saksi bagi membantu siasatan kes tersebut.

 
heran aku dengan melayu...macam mana depa boleh percaya tok guru,ustaz2,ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sedangkan setiap 2 3 bulan kita dengar depa kena tangkpa sebab seleweng duit....

lebih baik org melayu ikut tok sami budha/tok sami hindu/paderi kristian sebab jarang sangat kita dengar tok sami budha/tok sami hindu/paderi kristian seleweng duit
 
Back
Top
Log in Register