Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pendakwah Selebriti Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah Dana NGO Lebih RM13 Juta
Pendakwah selebriti Abdullah Abdol Razak (dua, kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas 34 pertuduhan pecah amanah dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai RM13.85 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM1.5 juta, sejak 2023.
Pendakwah selebriti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 34 pertuduhan pecah amanah dana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai RM13.85 juta dan 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah keseluruhan lebih RM1.5 juta, sejak 2023.
Abdullah Abdol Razak, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datin M Kunasundary.
Mengikut pertuduhan, Abdullah yang juga Pengerusi Pertubuhan Rezeki Infaq Malaysia (PRIM) yang diamanahkan dengan penguasaan ke atas dana PRIM, didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap dana pertubuhan itu dengan meluluskan pembayaran wang secara tidak jujur tanpa melalui prosedur ditetapkan keseluruhan berjumlah RM13.85 juta.
Perbuatan itu didakwa melanggar Fasal 10 Perlembagaan PRIM yang mensyaratkan pengeluaran atau pembayaran dana memerlukan kebenaran Mesyuarat Agung dan kelulusan Jawatankuasa pertubuhan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Biz Avenue Seremban 2, di sini, antara 28 Feb 2023 hingga 31 Mac 2026.
Abdullah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun, dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Abdullah didakwa memindahkan wang hasil daripada aktiviti haram keseluruhan berjumlah RM1.56 juta daripada akaun bank miliknya dan akaun syarikat ke beberapa akaun syarikat lain serta individu bagi tujuan pembayaran pembelian emas.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara 18 Mei 2024 hingga 24 Feb 2026 dengan kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Sabit kesalahan, boleh dipenjara hingga 15 tahun serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.