combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
SPRM Sambut Baik Permohonan FELDA Tambah Pegawai CeIO Perkasa Tadbir Urus
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyambut baik hasrat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang memohon penambahan Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) daripada SPRM bagi memperkasa tadbir urus dan integriti organisasi berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata permohonan itu membuktikan keyakinan dan kepercayaan berterusan pelbagai pihak terhadap peranan SPRM dalam membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Beliau berkata demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi FELDA diketuai Pengarah Besar Datuk Dr Suzana Idayu Wati Osman di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut mengadakan perbincangan bagi kerjasama strategik selain bertukar pandangan untuk memantapkan lagi organisasi berkenaan.
Sementara itu, Suzana Idayu Wati dalam kenyataan sama berkata kunjungan hormat itu bertujuan mewujudkan jalinan kerjasama yang lebih kukuh, mampan dan berimpak tinggi demi menyokong agenda pencegahan rasuah negara.
“Pembudayaan integriti, tadbir urus baik serta akauntabiliti kekal menjadi keutamaan kepimpinan FELDA bagi memastikan organisasi itu terus diyakini oleh kerajaan, peneroka dan pemegang taruh,” katanya.
Sejajar dengan komitmen itu, beliau berkata FELDA melaksanakan Polisi Toleransi Sifar Terhadap Rasuah sebagai pendirian tegas bahawa tiada sebarang kompromi terhadap sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.