BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Lumpuhkan Sindiket Import Ayam Sejuk Beku Tidak Sah Di Sabah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPRM Lumpuhkan Sindiket Import Ayam Sejuk Beku Tidak Sah Di Sabah​

880a2d6b2edebe6a411ffd290a2c7218687654304c2d3


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan sindiket import ayam sejuk beku tidak sah di Sabah yang dipercayai merasuah pegawai pihak berkuasa di sebuah pelabuhan di negeri itu.

Menurut sumber, “Ops Chick” yang dijalankan oleh Bahagian Perisikan SPRM dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyaksikan sebanyak 10 kontena ayam sejuk beku yang diimport dari China secara tidak sah telah disita pagi ini.

"Berdasarkan siasatan awal, kontena berisi ayam sejuk beku berkenaan telah diisytihar secara tidak benar dan tidak melalui proses pemeriksaan yang ditetapkan.

"Susulan operasi ini, SPRM menahan tiga lelaki berusia lingkungan 30-an hingga 50-an yang berperanan sebagai ejen penghantaran dan pengurus syarikat... SPRM juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan operasi serta tangkapan berkenaan, dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok bagi proses permohonan reman untuk membantu siasatan.

 
Back
Top
Log in Register