BTC USD 61,063.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPRM Cekup Anak MB Perlis

Anak dia lebai ke tak lebai?
 
1585.jpeg
1588.jpeg

MB Perlis serah siasatan kes anak lelaki kepada SPRM

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli menyerahkan sepenuhnya siasatan ke atas anak lelakinya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd. Shukri Ramli berkata, beliau akan menjelaskan mengenai perkara itu secara lebih lanjut esok.

“Saya terima berita ini daripada SPRM dan serahkan kepada budi bicara SPRM. Terima kasih. Esok saya jawab dalam dewan, hari ini setakat itu sahaja,” katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung tangkapan ke atas anak lelakinya bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah hampir RM600,000.

Terdahulu, SPRM menahan reman enam individu selepas disyaki mengemukakan tuntutan bagi kerja baik pulih, penyelenggaraan, perkhidmatan dan pembekalan melibatkan Pejabat Menteri Besar Perlis.

Perintah reman selama dua hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret, Ana Rozana Mohd. Nor di Mahkamah Majistret Kangar pagi tadi.- KOSMO! ONLINE
 

Anak MB antara enam direman kes tuntutan palsu RM600,000​


24 APR 2024

2625734.jpg

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas tertuduh dibawa ke mahkamah jam 8.45 pagi tadi. - Foto Astro AWANI


KANGAR – Anak lelaki seorang menteri besar antara enam ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lalu.

Majistret Ana Rozana Mohd Nor membenarkan perintah reman terhadap kesemua suspek bermula hari ini sehingga esok selepas mendapat permohonan SPRM bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Menurut sumber, turut ditahan ialah dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis.

“Keenam-enam suspek yang berusia 26 hingga 37 tahun itu ditahan antara pukul 7 hingga 8 pagi semalam (Selasa) di sekitar Perlis bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut sumber, siasatan dilakukan berhubung kesalahan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu sedangkan kerja-kerja berkenaan tidak dilaksanakan.

Katanya, keseluruhan projek berkenaan melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.

Sementara itu di Putrajaya, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan itu. – Bernama
 
Menurut sumber, turut ditahan ialah dua penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala selebihnya adalah kontraktor syarikat.

“Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis.



Anak MB Perlis ni yang mana satu
Kontraktor?
Pemilik Syarikat?
Penjawat Awam?
 
Kalau buat kerja cincai halai balai pastu hantar claim boleh kira lagi.
Tapi yang ni kerja tak buat, payment tetap masuk memang pengkhianat besar lah.
 
Back
Top
Log in Register