BTC USD 75,446.5 Gold USD 4,261.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPPP Tawar Feri Percuma Sempena Hari Malaysia, Festival Keretapi Sarong

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

SPPP Tawar Feri Percuma Sempena Hari Malaysia, Festival Keretapi Sarong​

95a004aeea6a2642960ea67b0c1825936aa7c1e2d9c81

Kredit: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) menawarkan perkhidmatan feri percuma kepada warganegara Malaysia pada 16 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia dan Festival Keretapi Sarong.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tawaran itu meliputi perjalanan dari kedua-dua terminal feri, iaitu Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Seberang Perai dan Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini mengikut jadual perkhidmatan sedia ada.

“Dengan adanya tawaran perkhidmatan feri percuma ini, saya berharap ia dapat mengurangkan beban kewangan rakyat Malaysia serta memberikan peluang untuk meraikan Hari Malaysia dan menyertai Festival Keretapi Sarong dengan penuh makna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yeoh berkata pengguna akan menikmati penjimatan perjalanan sehala sebanyak RM2 bagi penumpang pejalan kaki manakala RM2.50 bagi pengguna kenderaan dua roda.

Beliau berkata pada sambutan Hari Malaysia tahun lepas, sebanyak 10,094 penumpang pejalan kaki dan 1,909 kenderaan dua roda menggunakan perkhidmatan feri bagi perjalanan dua hala.

Menurut Yeoh, statistik itu turut menyumbang kepada jumlah keseluruhan penumpang pejalan kaki pada 2025 sebanyak 3,131,131 orang dan 784,065 kenderaan dua roda.

“Inisiatif itu juga bertujuan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pulau Pinang, selain menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register