Xploit Machine
CG Hardcore Club

- Messages
- 73,560
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,560
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Spotify hari ini berkongsi pencapaian terbaharu mereka, dimana sepanjang 2024 yang lepas, mereka telah membayar $10 bilion untuk industri muzik, sekaligus membuatkan Spotify kini menyumbang satu per tiga daripada pendapatan rakaman muzik global. Dengan angka terbaru ini, sehingga kini Spotify telah membayar sekitar $60 bilion untuk industri muzik. Spotify mengatakan, sekitar 10 tahun dahulu, iaitu pada 2014, mereka ketika itu membayar $1 bilion, dan mempunyai 15 juta pelanggan berbayar ketika itu. Sejak daripada itu, Spotify kini telah berkembang pesat.
Daripada angka ini juga, Spotify berkongsi lebih 10,000 artis yang menjana pendapatan lebih $100,000 setahun melalui Spotify sahaja. Bergerak ke hadapan, Spotify mengatakan mencapai 1 bilion pelanggan berbayar pada pelbagai perkhidmatan penstriman, sekaligus membawa kepada perkembangan arena muzik sendiri, dan membantu artis menjana lebih pendapatan melalui karya masing-masing, disamping capaian lebih meluas dengan mudah.