BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Spotify Perkenal Sokongan Penstriman Video Muzik Untuk Pengguna Premium Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Spotify sedia mengumumkan penawaran video muzik di beberapa pasaran sebelum ini, dan kini ciri berkenaan turut diperluaskan kepada para pengguna Spotify Premium di Malaysia. Melalui halaman sokongan, Spotify mengatakan pengguna Spotify Premium kini boleh menikmati video muzik melalui aplikasi mudah-alih, di desktop, di web dan juga di kaca televisyen melalui aplikasi Spotify.

Spotify-Muzik-Video-950x534.jpg.webp


Dengan langkah ini, selain hanya mendengar kepada lagu dan muzik, pengguna turut boleh melihat video muzik yang dihasilkan khusus untuknya. Pihak Spotify sebelum ini pernah berkongsi mengatakan para pengguna muda lebih meminati kandungan video pada platform tersebut – dan mereka yang menonton video untuk sesuatu lagu mempunyai kebarangkalian lebih tinggi untuk mengulang dengar lagu tersebut. Bagi anda yang menggunakan Spotify Premium, anda akan melihat sebuah butang khusus pada lagu yang disokong, membolehkan anda mengubah paparan dengan mudah melalui hanya satu tap sahaja.​
 
Back
Top
Log in Register