BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SPM 2025 Bermula 3 Nov Hingga 23 Dis - KPM

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,694
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,694
Reaction score
97
Points
80
98bfb6ca77f4514bbe50763c6ffa0f1a6904e900d8218


Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 membabitkan 413,372 calon akan bermula Isnin ini (3 Nov) hingga 23 Dis di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan berlangsung pada 3 hingga 6 Nov manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pada 10 hingga 13 Nov.

“Ujian Amali Sains pula akan berlangsung pada 17 hingga 19 Nov, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diadakan pada 20 Nov.

“Peperiksaan bertulis pula akan berlangsung pada 25 Nov hingga 23 Dis ini,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan 127,526 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

Menurut kenyataan itu, semua calon diingatkan merujuk jadual waktu peperiksaan SPM 2025 bagi mengetahui maklumat lengkap tarikh, waktu, kod dan nama kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

Jadual waktu peperiksaan juga boleh dimuat turun melalui portal rasmi Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan lp.moe.gov.my.

Menurut KPM, calon turut diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Penyata Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan serta mematuhi semua prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan.

“KPM cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana dan penularan Penyakit Seperti Influenza (ILI) sepanjang peperiksaan SPM Tahun 2025 berlangsung," menurut kenyataan itu.

 
Back
Top
Log in Register