BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Songlap RM177,000

honda_primo

Banned
Messages
5,761
Joined
Nov 10, 2007
Messages
5,761
Reaction score
25
Points
75
JOHOR BAHRU: Harapkan pagar, pagar makan padi. Begitulah nasib 24 pekerja yang tertekan akibat tindakan seorang pegawai kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) cawangan Johor yang didakwa menggelapkan RM177,000 wang pampasan pemberhentian kerja yang dibayar, Jun lalu.

Pekerja, Badrul Hisham Mohd Yusoff, 36, berkata status pampasan itu masih menjadi tanda tanya berikutan lelaki yang sepatutnya memperjuangkan kepentingan kumpulan pekerja selepas diberhentikan antara 2002 dan awal 2003, disyaki menyeleweng wang pampasan berkenaan.

Menurutnya, pegawai kanan berkenaan juga enggan berbincang mahupun memberikan maklum balas, sebaliknya berjanji kosong menerusi sistem mesej singkat (SMS) kepada kumpulan pekerja terbabit kononnya akan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin.


“Kes berkenaan diselesaikan di luar Mahkamah Perusahaan pada akhir 2003 yang mana bekas majikan bersetuju membayar pampasan bernilai RM8,500 pada pekerja yang berkhidmat lebih lima tahun, manakala RM4,000 bagi mereka yang bekerja kurang daripada tempoh itu.


“Pada 1 Jun tahun lalu, kami difahamkan MTUC menerima cek bernilai RM177,000 daripada bekas majikan yang mana kesatuan pekerja berkenaan seharusnya menjadi orang tengah bagi mengagihkan wang kepada kami.


“Bagaimanapun, pegawai kanan yang berusia 50-an itu hanya membayar sebahagiannya iaitu RM17,700 (RM2,500 setiap pekerja) pada 17 September lalu.




“Malah, dia juga membisu mengenai pengagihan baki pampasan RM99,300,” katanya yang membuat laporan polis bersama sekumpulan bekas pekerja di Balai Polis Sentral di sini, semalam.


Seorang lagi pekerja, Mohd Annuar Yatim, 35, berkata meskipun perbuatan pegawai kanan berkenaan sudah dilaporkan di ibu pejabat kesatuan sekerja berkenaan di Kuala Lumpur, hingga kini nasib pekerja yang terjejas itu bagaikan tidak diberikan perhatian.


Menurutnya, lebih mengecewakan, ibu pejabat berkenaan juga menyatakan enggan campur tangan sebaliknya menasihati dia dan rakannya supaya membincangkan cara terbaik menyelesaikan masalah itu.


“Nasib kami umpama jatuh ditimpa tangga terutamanya ada yang masih tidak dapat pekerjaan sesuai selepas dibuang kerja daripada kilang membuat kabel berkenaan hingga terpaksa balik kampung.


“Wang pampasan itu adalah hak pekerja. Kami kecewa kerana ditendang seperti bola sejak lapan bulan lalu dan terpaksa naik turun pejabat MTUC, selain mengambil cuti semata-mata kerana masalah ini.


“Kami bercadang mengambil tindakan mahkamah terhadap pegawai kanan berkenaan supaya mendapatkan keadilan dan mengelakkan dia mengulangi perbuatan sama kepada pekerja lain,” katanya yang turut mengadu masalahnya kepada Pengerusi Pusat Aduan Rakyat Bahagian Pasir Gudang, Syed Othman Syed Abdullah di sini, semalam. Pemangku Setiausaha MTUC Johor, K Mohanadas, berkata pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung aduan berkenaan.


Bagaimanapun, pihaknya tidak dapat memberikan sebarang kenyataan mahupun maklumat berhubung siasatan kes berkenaan tanpa kebenaran daripada ibu pejabat kesatuan.
 
Hampeh tol!!!harapkan pagar,pagar makan padi..Api dalam sekam!!Musuh dalam selimut!!
 
Back
Top
Log in Register