TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,644
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,644
- Reaction score
- 38,260
- Points
- 2,836
Semoga bermanfaat buat semua 
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.






Semoga bermanfaat buat semua![]()






jom sama2 amalkan .....
mulakan dgn 1 rakaat ...![]()







nabi saw xpenah tinggal solat witir.
Zikir selepas witir:
Diriwayat dari Ubay bin Ka’ab ra yang menyatakan: Rasulullah SAW setelah memberi salam daripada solat witir, baginda menyebut “SUBHANAL MALIKIL QUDDUS” sebanyak 3 kali. Bacaan pada kali ke-3, baginda menyebut dengan kuat.
(HR. An-Nasai: 3/235 dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Al-Albani dalam Shahih Sunan An-Nasai: 1/371-372)







Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam biasa solat witir 11 rakaat:
Dari Sa'ad ibnu Hisyam katanya: "Ketika dia bertemu dengan ibnu Abbas, dia bertanya padanya tentang solat witir". Kata ibnu Abbas: "Mahukah engkau aku tunjukkan dengan seorang penduduk bumi yang paling tahu tentang solat witir Rasulullah saw?" Kata Sa'ad: "Mahu". Jawab ibnu Abbas: "dia adalah Aisyah, berjumpalah dengan dia. Maka aku datang kepada Hakim ibnu Aflah untuk aku ajak bersama-sama ke rumah Aisyah.
Ketika kami telah berada didepan Aisyah, maka Aisyah bertanya: "Siapa yang datang bersamamu ini?" Jawabku: "Aku adalah Sa'ad ibnu Hisyam". Tanya Aisyah: "Hisyam siapakah yang kau maksud?" Kataku "Hisyam ibu Amir". Setelah memohonkan rahmat bagi ayahku, maka Aisyah berkata: "Amir adalah orang terbaik".
Tanya Hakim: "Wahai Ummul mukminin, beritahukan padaku tentang budi pekerti Rasulullah saw". Kata Aisyah: "Tidakkah engkau membaca Al-quran?" Jawab Hakim: "Ya". Kata Aisyah: "Sesungguhnya budi pekerti Nabi saw adalah seperti yang tercantum dalam Al-quran".
Kataku pula: "Wahai Ummil mukminin, beritahukan padaku tentang solat malam Rasulullah saw". Kata Aisyah: "Tidakkah engkau pernah membaca surah Al-Muzzammil?" Jawabku: "Ya, aku pernah membaca surah Al-Muzzammil". Kata Aisyah: "Ketika Allah menurunkan surah Al-Muzzammil, pada mulanya Allah mewajibkan solat malam bagi Rasulullah saw dan umatnya, sehingga Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya melakukan solat malam selama setahun, hingga kaki mereka membengkak. Setelah berjalan setahun, maka Allah memberi keringanan pada mereka, sebagaimana yang disebutkan didalam surah tersebut. Sehingga solat malam hukumnya menjadi sunnah setelah difardhukan".
Seterusnya kataku: "Wahai Ummil mukminin, beritahukan padaku tentang solat witir Rasulullah saw." Kata Aisyah: "Sebelum tidur, kami menyiapkan siwak dan air wuduk bagi Rasulullah saw. Ketika bangun tidur di malam hari, maka beliau bersiwak dan berwuduk dengan sempurna. Setelah itu beliau melakukan solat 8 rakaat tanpa salam kecuali pada rakaat yang ke-8. Setelah itu, Nabi SAW solat lagi 2 rakaat sambil duduk. Setelah salam, maka beliau melakukan solat witir 1 rakaat. Itulah 11 rakaat solat witir yang biasa dilakukan oleh Rasulullah saw.
Ketika usia beliau bertambah tua dan beliau agak gemuk, maka beliau hanya melakukan solat witir sebanyak 7 rakaat. Setelah itu beliau menambahnya 2 rakaat sambil duduk. Itulah 9 rakaat solat witir yang pernah dilakukan beliau. Biasanya jika melakukan solat, maka Rasulullah saw senang melakukannya secara istiqamah. Sampaipun bila beliau tidak sempat mengerjakan solat malam disebabkan tertidur ataupun terhalang oleh sakit, maka beliau menggantikannya dengan solat Dhuha sebanyak 12 rakaat.
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1575.

















