BTC USD 81,125.8 Gold USD 4,165.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat tarawih 4 rakaat (update 2012)

Jelas panduan ni bro.
Thanks... :)paid

Untuk panduan kawan2 semua

Bilangan Rakaat Solat Terawih.

Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir.
Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu.
Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud.Hasilnya membuahkan tiga pendapat.

Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir.

Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir.

Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas.
Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:
صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.
Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”
Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat.
Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.
Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.
 
Kasi up ... :)cgrock:)cgrock:)cgrock

Kalau dok depan kaabah .. ramai yang tawaf masa orang solat tarawih...
 
kedua-dua 8 or 20 rakaat tu ikut sunnah. Tp tengok la, Nabi S.A.W buat 8 rakaat pun, tiap2 rakaat Baginda baca 1 juz.
 
Bg aku bukan isu 8 @ 20 rakaat...
Isu utama bila malam pertama ramadhan
sume surau masjid penuh...tp bila
hujung2 ramadhan yg diketahui umum byk
fadhilatnya tak ramai pulak yg pergi
solat tarawih...knapa jd mcm tu????
 
kualiti lebih baik dr kuantiti
 
Bg aku bukan isu 8 @ 20 rakaat...
Isu utama bila malam pertama ramadhan
sume surau masjid penuh...tp bila
hujung2 ramadhan yg diketahui umum byk
fadhilatnya tak ramai pulak yg pergi
solat tarawih...knapa jd mcm tu????

sale byk...kuih raya...nak lpk dgn mmber2...dan byk lg ler...
tp masjid aku mmg mantain siot...ari pertama dan kemalam last pun ramai gak...cuma mlm takbir raya jer geng2 org lama...bebudak muda dh main mercun kot:D
 
Bg aku bukan isu 8 @ 20 rakaat...
Isu utama bila malam pertama ramadhan
sume surau masjid penuh...tp bila
hujung2 ramadhan yg diketahui umum byk
fadhilatnya tak ramai pulak yg pergi
solat tarawih...knapa jd mcm tu????

Sb masa ni semua tgh sibok nk raya...:D
 
ramadhan dtg setahun sekali. tahun depan ntah sempat ke idak, tambah2 bulan sya'ban jumlah kematian suddently meningkat compare to bln2 lain.

ambil la peluang ni pi masjid, ambil & rasai suasana bulan ramadhan...sunat2 juga, klu x buat, rasa mcm xde beza dgn bln2 lain..kan x bes mcm tu?
 
Back
Top
Log in Register