BTC USD 61,304.0 Gold USD 4,252.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat tarawih 4 rakaat (update 2012)

Mintak maaf la pada yg kurang jelas dgn soalan aku. Kelemahan aku, tak pandai karang soalan kot. Tapi ada jugak yg paham.
Jadi, setakat ni kita cuma ikut mengikut je. Kalau rajin, buat full 20 (dan xda lebih full drpd tu). Kalau kurang larat, buat 8. Kalau kurang larat lagi, tak payah buat.
Macam takda option lain. Kalau tak 20, 8. Kalau tak 8, 0. Betul ke takda option lain? Apa dalilnya?
Secara tak ringkasnya, itulah soalan aku. :-)

yg aku tahu, kalo xcukup 8, xleh pahala solat terawih, min 8. max bebas...
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ahli jemaah lagi sekali.
Ni dua season lepas punya puasa punya thread.
Ringkasnya, jawapan utk soalan di atas... Solat tarawih dilakukan dgn minimum 8 rakaat dan maksimum ikut kemampuan la.
Jgn buat 4 rakaat pulak. Tak cukup tu...

Aku up balik thread ni sebab ada persoalan baru.
Malam tadi punya tarawih punya cerita la ni...

Sesuai dgn namanya, tarawih, yg membawa maksud rehat, jadi aku taknak paksa diri sgt.
Aku buat sendiri je kat rumah. Awal2 bulan puasa ni biasanya surau penuh. Tu yg aku rasa lagi selesa buat kat rumah je.

Lepas solat 4 rakaat, rasa penat pulak. So relax kejap. Capai henset, sempat pulak layan CG.
Last2 tertido...
Lepas sahur, lebih kurang pukul 5.15 baru sambung lagi 4 rakaat campur 1 witir.

Boleh ke camtu? Maksud soalan aku, adakah solat sunat tarawih mesti dilakukan dalam satu sesi?
 
mmg tul maksudnya tarawih nie rehat...tapi ikutkan taklah cepat sgt...
 
Aku gi masjid hr tu ramai gak pakcik2 angkt bontot lps hbs 4 rakaat..smbg kt umh kot..
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ahli jemaah lagi sekali.
Ni dua season lepas punya puasa punya thread.
Ringkasnya, jawapan utk soalan di atas... Solat tarawih dilakukan dgn minimum 8 rakaat dan maksimum ikut kemampuan la.
Jgn buat 4 rakaat pulak. Tak cukup tu...

Aku up balik thread ni sebab ada persoalan baru.
Malam tadi punya tarawih punya cerita la ni...

Sesuai dgn namanya, tarawih, yg membawa maksud rehat, jadi aku taknak paksa diri sgt.
Aku buat sendiri je kat rumah. Awal2 bulan puasa ni biasanya surau penuh. Tu yg aku rasa lagi selesa buat kat rumah je.

Lepas solat 4 rakaat, rasa penat pulak. So relax kejap. Capai henset, sempat pulak layan CG.
Last2 tertido...
Lepas sahur, lebih kurang pukul 5.15 baru sambung lagi 4 rakaat campur 1 witir.

Boleh ke camtu? Maksud soalan aku, adakah solat sunat tarawih mesti dilakukan dalam satu sesi?
Boleh ja, ada ja tempat buat camtu
 
mmg tul maksudnya tarawih nie rehat...tapi ikutkan taklah cepat sgt...

Tu la..
Elok buat kat surau sebenarnya.
Buat sendiri ni, rehatnya melebih2 sikit... :p
 
Untuk panduan kawan2 semua

Bilangan Rakaat Solat Terawih.

Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir.
Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu.
Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud.Hasilnya membuahkan tiga pendapat.

Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir.

Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir.

Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas.
Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:
صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.
Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”
Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”

Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat.
Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya.
Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.
 
Boleh ja, ada ja tempat buat camtu

Ada tempat buat camtu?
Apa maksud tu? Sengaja buat camtu ke?

Kes aku ni, 4 rakaat pukul 12, 4 lagi pukul 5.
Dlm gap tu siap tido pulak lagi.

Tapi masih dlm malam yg sama la...
 
Ada tempat buat camtu?
Apa maksud tu? Sengaja buat camtu ke?

Kes aku ni, 4 rakaat pukul 12, 4 lagi pukul 5.
Dlm gap tu siap tido pulak lagi.

Tapi masih dlm malam yg sama la...

Dekat arab,tapi negara mana lupa plak. Diorg buat separuh lepas isyak, lepas tu separuh lagi dekat nak sahur. Jumlah rakaat den tak tau
 
Dekat arab,tapi negara mana lupa plak. Diorg buat separuh lepas isyak, lepas tu separuh lagi dekat nak sahur. Jumlah rakaat den tak tau

Terima kasih hujah ni bro.
Boleh kata, asalkan dalam malam yg sama, buat la bila2 nak buat.
Betul tak?
 
Back
Top
Log in Register