BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat serentak Jumaat ini

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


JOHOR BAHRU – Seluruh masjid di Johor diminta mengadakan solat sunat istisqa’ serentak pada Jumaat ini bagi memohon kepada ALLAH SWT agar diturunkan hujan berikutan fenomena cuaca panas El Nino yang berlaku sejak pertengahan Februari lalu yang dijangka berlarutan sehingga April ini.

Penasihat Majlis Agama Islam negeri, Datuk Noh Gadut berkata, solat sunat Istisqa' tersebut disarankan dilakukan serentak selepas solat Jumaat.

“Perkara ini (solat sunat istisqa') turut mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang mahukan semua masjid di negeri ini mengadakan ibadah itu serentak memohon diturunkan hujan kerana cuaca panas berlarutan.

“Kita juga akan mengadakan bacaan Yassin dan solat Istisqa’ di Empangan Sembrong,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noh berkata, solat sunat mohon hujan di empangan tu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Terdahulu, Noh memaklumkan kewajaran untuk melakukan solat minta hujan meskipun keadaan masalah bekalan air di negeri ini masih belum berada pada peringkat kritikal.

Fenomena cuaca panas ini telah menyebabkan kemerosotan air di empangan dan loji-loji rawatan sehingga beberapa kawasan di negara ini mulai dibekalkan air secara berjadual termasuk di daerah Kluang, Johor.

Solat Istisqa’ ialah solat sunat dua rakaat yang dilakukan bertujuan memohon kepada ALLAH SWT menurunkan hujan bagi mengatasi kemarau panjang.

Ia merupakan sunat muakkad iaitu sangat dituntut bagi umat Islam di sesuatu tempat yang telah lama mengalami kemarau, musim kering, berjerebu dan kesukaran memperoleh sumber air yang boleh mengakibatkan kesihatan terjejas, tanaman mati dan binatang ternakan kebuluran dan memerlukan air (hujan).




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/solat-serentak-jumaat-ini-1.367953
 
panas ke ?? n9 hari2 ujan

sini panas bro.. ujan ade la gak selang 3-4 ari tp tk lame pn...
aku kalo malam tido mmg payah la.. akon tkde.. pastu air kt umah pn kejap2 tkd.. yg tu aku pn tktau nape..
 
negeri mat maslan je kene bala kemarau... haha

#guro jer..
 
sini panas bro.. ujan ade la gak selang 3-4 ari tp tk lame pn...
aku kalo malam tido mmg payah la.. akon tkde.. pastu air kt umah pn kejap2 tkd.. yg tu aku pn tktau nape..

den perasan time negeri lain banjir negeri 9 tak ujan langsung....dio terbalik...n9 negeri paling kering di Malaysia...especially kuala pilah...tu pasal mat hassan buek pjanjian boli air dr Melaka...
 
den perasan time negeri lain banjir negeri 9 tak ujan langsung....dio terbalik...n9 negeri paling kering di Malaysia...especially kuala pilah...tu pasal mat hassan buek pjanjian boli air dr Melaka...

ujan la.. Kan hujung taun lopeh nogori pun hujan..
 
Back
Top
Log in Register