BTC USD 84,835.5 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

solat jamak

russaini

Fun Poster
Messages
521
Joined
Apr 26, 2010
Messages
521
Reaction score
6
Points
15
assalamualaikum wbt semua,

aku nak cerita dan nak tanya kepada ustaz2 CG , sy ni budak baru belajar almaklumlaa....

aku travel jauh sejauh 300km semalam pada jam 3pm, pabila sampai dipertengahan jalan aku g solat qasar asar 2 rakaat...tetapi penumpang kereta aku tak nak g solat sbb dia ckp dah jamak&qasar kat rumah..aku ckp apa yg aku belajar, jamak&qasar setelah kita keluar rumah bukan dalam rumah dan sebelum masuk waktu zohor...tapi dia ckp ustaz yg dia pegang tu cakap boleh..dan dia terus telifon ustaz tu depan aku..ustaz tu ckp perkara yang sama, dia ckp sekali sekala boleh, ada hadis Rasulullah swt..aku plak BLURRRRRRRRR...
minta tolong bg huraian utk kebaikan bersama...
 
bagus soklan nie...minta ustat2 dlm CG nie explain sikit demi kebaikan semua..
 
Apa yg aku belajar mmg tak boleh buat kat rumah, aku kalau out station seboleh²nya akan keluar sebelum masuk waktu zohor utk jamak kan dgn asar bila dipertengahan jalan sebelum masuk maghrib.

Cuma kelemahan aku ialah akan dah dekat² maghrib baru buat jamak tu untuk teruskan jamak kan maghrib dgn isyak kat hotel.
 
bahaya ustaz tu..
ada pulak "sekali sekala boleh"..
dalam islam boleh adalah boleh..
tidak adalah tidak..
kene cek tauliah ustaz tu..
jaga2..
setiap dosa yang kita ajar adalah saham kita 'esok'..
jadi bawalah saham pahala..
perniagaan MLM yang mudah bukan?
 
Meamng tak boleh sebanarnya...
Tapi ad masa yang mombolehkan
seperti kalau perempuan nak naik bas
kalau nak berenti solat dekat perhentian bas takut x terjaga aurat
nak berwuduk maka dibolehkan..

yang penting kena masuk waktu


إِنَّ الصَّلاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَاباً مَوْقُوتاً

"Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " [Surah al-Nisaa' :
 
cuba rujuk buku fiqhud dalil karangan Dr 'Aidh Abdullah Al qarni.. ada hadis dalam buku tu pasal soalan tuan hamba....
 
"Tidak dibenarkan kepada kamu menjamakkan 2 solat sehingga keluar dari pekannya, melainkan khuatir (takut) akan berlaku keadaan yang sukar untuk melakukan solat kedua semasa permusfiran kamu"

Solat Jamak sebelum perjalanan diperbolehkan jika terdapat kesukaran untuk bersolat semasa didalam perjalanan. Solat Jama’ ini dilakukan tanpa menqasarkan solat tersebut, kerana permusafiran belum dimulakan lagi. Begitulah juga keadaan seseorang yang pulang dari permusafiran yang tidak dapat menunaikan solat, maka diperbolehkan menjamakkan solat tanpa mengqasarkannya.
 
Back
Top
Log in Register