BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Jamak Qasar

kalau musafir naik keta lalu jalan dekat highway yang banyak tempat untuk solat atau highway macam mana pula tu...
 
tq ...bagus ni...selalu balik dari jb ke perak...singgah jamak kat seremban...:D
 
tu mazhab lain bro huahuahuahua :D....lawak tuh....
sebenarnya takleh nak qada' pun ....kecuali tak sengaja aja :D

salam..ustaz saya nak tanya..selain dalam keadaan musafir, bolehkah solat jamaq dilakukan untuk mereka yg terlalu sibuk serta tidak berkesempatan menunaikan solat fardhu..contohnya peniaga yg terlalu sibuk kerana terlalu ramai pelanggan dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat dalam waktu yg ditetapkan..sekian..

Sbb pernah terbaca la ada sorg ustaz ker ustazah ntah dalam soal jawab dlm paper dia gtau cmtu..leh buat solat jamaq kalau terlalu sibuk..yela..nak tgal kedai kat sapa dia jer tukang masak satu2nya??huhuhuhu..

masz pun ada baca gak... dalam buku amalan & Nasihat bagi ibu hamil... by Fatimah Hj Omar... diterbitkan oleh al-hidayah... ms 24... n dlm ms 26 dalam riwayat Muslim ada menyatakan bahaw Rasulullah saw, pernah melakukan solat jamak, pd hal baginda berada di rumah sendiri, iaitu di Madinah.

dlm buku tu tulis Riwayat Muslim yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w menjamak solat zohor dan asar, maghrib dan isya' di Madinah bukan kerana takut dan bukan pula kerana hujuan."

ni je la yg masz dapat quote dr buku tuh... so camne ek? masz pun nak tau gak...

Mengenai jamak solat tanpa sebab hujan, musafir, perang dan darurat tidak ada kaitan dengan apa2 mazhab kerana ia memang ada dalam hadits Muslim dan imam hadits yang lain. Bahkan diperkuatkan lagi dengan al-Quran.

Buktinya:

Nas Hadits

1- Diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersolat zohor dan asar secara jama`. Begitu juga maghrib dan isya` secara jama` tanpa sebab takut (darurat) atau bermusafir.(1)

2- Muslim meriwayatkan lagi dari Ibnu Abbas berkata: Aku telah bersolat bersama Nabi s.a.w sebanyak 8 rakaat secara jama` dan 7 rakaat secara jama`.(2)

3- Muslim meriwayatkan lagi daripada Abdullah bin Syaqiq berkata: Suatu hari selepas asar Ibnu Abbas telah berkhutbah di hadapan kami hinggalah terbenam matahari dan ternampak bintang-bintang. Lalu orang ramai melaung-laung berkata: Solat! Solat! Namun Ibnu Abbas tidak memperdulikan mereka. Lantas seorang lelaki dari bani Tamim memekik dengan berkata: Jangan malas dan lalai. Solat! Solat! Maka Ibnu Abbas berkata: Kamu mahu mengajar aku tentang sunnah? Tiada ibu bagimu! Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah menjama`kan zohor dan asar, juga maghrib dan isya`.

Ibnu Syaqiq berkata: Lalu hatiku tidak tenteram mendengarkannya, maka aku pergi bertemu Abu Hurairah dan bertanyakannya mengenai perkara tersebut dan dia membenarkan kata- kata Ibnu Abbas itu.(3)

4- Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w telah bersolat di Madinah sebagai seorang mukim (penduduk tetap Madinah) tanpa bermusafir sebanyak 7 rakaat dan 8 rakaat.(4)

5- Muslim meriwayatkan lagi daripada Abdullah bin Syaqiq al-`Uqaili berkata: Telah berkata seorang lelaki kepada Ibnu Abbas - setelah melihatkan beliau memanjangkan khutbahnya- Solat! Tetapi beliau hanya diam sahaja. Kemudian lelaki itu berkata lagi: Solat! Ibnu Abbas masih terus diam. Kemudian lelaki itu berkata lagi: Solat! Maka Ibnu Abbas menjawab: Tiada ibu bagimu! Kamu mahu mengajar kami tentang solat? Sesungguhnya kami telah menjama`kan antara 2 solat pada zaman Rasulullah s.a.w!(5)

6- Malik bin Anas meriwayatkan daripada Sa`id bin Jabir daripada Ibnu Abbas berkata: Rasulullah telah bersolat zohor dan Asar secara jama`, begitu juga maghrib dan isya` secara jama` tanpa sebab takut atau bermusafir.(6)

7- Zurqani meriwayatkan daripada Ibnu Sya`tsa` berkata: Ibnu Abbas telah menjama`kan solat zohor dan asar, juga solat maghrib dan isya` di Basrah dan beliau berkata: Beginilah solat yang dilakukan oleh Rasulullah.(7)

8- Muslim, an-Nasaie dan Tirmidzi meriwayatkan lagi daripada Sa`id bin Jabir daripada Ibnu Abbas berkata: Rasulullah telah menjama`kan solat zohor dan asar, juga maghrib dan isya` di Madinah tanpa sebab takut atau hujan. Lalu bertanya seseorang kepada beliau: Mengapa baginda melakukannya begitu? Ibnu Abbas menjawab: Baginda tidak mahu menyusahkan seorang pun dari umatnya.(8)

9 Bukhari meriwayatkan daripada Sahl bin Hanif berkata: Aku telah mendengar Abu Umamah berkata: Kami telah bersolat zohor bersama Umar bin Abdul Aziz. Setelah selesai kami keluar dan ingin bertemu Anas bin Malik, tetapi beliau sedang bersolat asar. Setelah beliau selesai, aku bertanya kepadanya: Wahai pakcik, apakah jenis solat yang kamu laksanakan ini? Beliau menjawab: Solat asar. Inilah solat yang kami laksanakan bersama baginda Rasul.(9)

10- Bukhari meriwayatkan lagi dari Jabir bin Zaid daripada Ibnu Abbas berkata: Sesungguhnya Nabi bersolat di Madinah sebanyak 7 dan 8 rakaat. Iaitu zohor dan asar, juga maghrib dan isya`.(10)

Sila rujuk:

(1) Shahih Muslim: Kitab As-Solat. Bab Harus Menjama` Antara 2 Solat Ketika Hadir(Tanpa Musafir)Lapan bermaksud 4 zohor 4 asar, manakala 7 bermakna 3 maghrib dan 4 isya`.
(2) Shahih Muslim: Kitab As-Solat. Bab Harus Menjama` Antara 2 Solat Ketika Hadir (Tanpa Musafir)
(3) Musnad Ahmad: 2/221.
(4) Shahih Muslim: Kitab As-Solat.
(5) Al-Muwaththa`: Kitab As-Solat.
(6) Syarah Muwaththa` Malik: Kitab As-Solat.
(7) Shahih Muslim dan Shahih Tirmidzi: Kitab As-Solat.
(8) Shahih Bukhari: Bab Melambatkan Solat Zohor Kepada Asar, Bab (9) Solat Isya` dan Bab Solat Maghrib.
(10) Shahih Bukhari: Bab Melambatkan Solat Zohor Kepada Asar, Bab Solat Isya` dan Bab Solat Maghrib.

Nas al-Quran:

Firman Allah s.w.t:

أقِمِ الصلاة لِدُلُوكِ الشَّمسِ إلىَ غَسَقِ اللَّيلِ وَقُرآنَ الفَجرِ إنَّ قُرآنَ الفَجرِ كَانَ مَشهُودًا

“Laksanakanlah solat sejak matahari tergelincir sampai gelapnya malam dan (laksankanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan” [Al-Isra` 78]

Berdasarkan ayat ini Fakhruddin ar-Radzi seorang ulama Sunni berkata:

Kami tafsirkan bahawa maksud “غسق” ialah kemunculan awal malam atau disebut sebagai awal maghrib. Oleh itu, ayat ini telah menyebut bahawa terdapat 3 waktu utama: (1) Waktu Zawal, (2) Waktu awal maghrib, (3) Waktu Fajar (subuh). Ini sekaligus membuktikan bahawa waktu Zawal merupakan waktu Zohor dan Asar, maka kedua waktu solat itu berkongsi dalam satu waktu tersebut. Diikuti pula waktu awal maghrib sebagai waktu bagi solat Maghrib dan Isya`, keduanya juga berkongsi dalam satu waktu. Segalanya ini sebagai bukti bahawa harus menjama`kan diantara Zohor dan Asar, juga Maghrib dan Isya` secara mutlak.

(Rujukan: Tafsir Mafatihul Ghaib: Ayat berkenaan. Jil 2 Halaman 428.)

Inilah tafsiran salah seorang dari ulama Sunni yang jelas membuktikan bahawa menjama` diantara solat-solat fardhu adalah harus secara mutlak. Yang dimaksudkan mutlak ialah harus melaksanakan jama` tanpa sebarang sebab dan alasan samada musafir atau tidak, hujan atau tidak dan sebagainya.
 
Ingin saya tambah fatwa dari Sheikh Yusuf Qardhawi yang membolehkan seorang doktor yang sedang merawat/membedah pesakit yang berterusan sehingga berjam-jam lamanya membuat jamak qasar.

wallahu'alam
 
Ye abe mat, betul tu. Cuma saya nak tambah sikit. Jika seseorang tidak mengetahui akan tempoh tinggalnya disebabkan nature of work yg tidak dapat ditentukan tempoh kesempurnaannya, maka dia bolehlah menunaikan sembahyang qasar ditempat tersebut dalam tempoh 18 hari, tidak termasuk hari sampai dan hari pulang.

yes..tp dia kena niat untuk 4 hari.contoh kalo urusan keje yang tak tau brapa hari nak siap.dia kena niat untuk 4 hari je.kalo keje tak siap jugak tambah lg 4 hari.samapai 18hr.last skali 2 hr
 
yes..tp dia kena niat untuk 4 hari.contoh kalo urusan keje yang tak tau brapa hari nak siap.dia kena niat untuk 4 hari je.kalo keje tak siap jugak tambah lg 4 hari.samapai 18hr.last skali 2 hr

Yes, yesss......:D
 
kalau nak bayar balik solat yang sengaja ditinggalkan yang lepas-lepas macam mana pulak?

Hukum solat adalah jelas wajib. Jadi bagi sesiapa yg meninggalkanya pada pendapat ulama adalah wajib untuk membayar balik. Terdapat perbezaan di antara meninggalkan solat secara sengaja dan dengan tidak sengaja. Tidak sengaja merujuk kepada situasi seperti terlupa dan tertidur. Hukumnya tidak berdosa walaubagaimanapun tetap wajib diganti solat yg ditinggalkan. Bagi kes sengaja meninggalkan solat pula hukumnya berdosa dan tetap juga wajib untuk menggantikan solat yg telah ditinggalkan.
 
salam..ustaz saya nak tanya..selain dalam keadaan musafir, bolehkah solat jamaq dilakukan untuk mereka yg terlalu sibuk serta tidak berkesempatan menunaikan solat fardhu..contohnya peniaga yg terlalu sibuk kerana terlalu ramai pelanggan dan tidak berkesempatan untuk menunaikan solat dalam waktu yg ditetapkan..sekian..

er... jom kita kembali kepada konsep sebab musabab layak untuk jamaq qasar :)


rasanya tu tak termasuk tu :)


sama-sama la kita cuba cari kesempatan untuk solat juga ye :)
 
tp satu je, niat musafir tu tkleh ke arah maksiat..

contohnya aku dr tepeng nk g disco kt penang ke, jd aku solat qasar ke jamak. hehe.. so tkleh la cmni..

lain la niat tu utk menziarah, belajar dll..


eh, saya tak niat untuk buat maksiat pun. saya hanya nak jumpa makwe/pakwe saya je untuk minum-minum dan ajak nak pegi shopping...

#:-S
 
Back
Top
Log in Register