BTC USD 80,324.3 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Hajat Pun Bidaah ?

adapun sorang sahabat nih kata..kalu tak faham boleh ulang semula video youtube nih..kalu berguru pada manusia maka ada macam2 fiil guru nih..silap gaya boleh dihukum dengan kenyataan.."KALU BANYAK BERTANYA,SAMA SEPERTI UMAT YAHUDI DI ZAMAN NABI MUSA"

:eek::eek::eek: Orang jahil memang banyak tanya , kalau guru aku cakap cam nih , mau kena pelempang berkuasa tinggi guru nieh :)):)) .
 
adapun sorang sahabat nih kata..kalu tak faham boleh ulang semula video youtube nih..kalu berguru pada manusia maka ada macam2 fiil guru nih..silap gaya boleh dihukum dengan kenyataan.."KALU BANYAK BERTANYA,SAMA SEPERTI UMAT YAHUDI DI ZAMAN NABI MUSA"

dia takut org tanya dia mcm2 sbb tu dia berceramah melalui video je.. :D

ps: anak murid pun tak perlu beli kitab. cukup tok guru jer ada kitab. kalo tok guru silap, anak murid pun takkan tau.. :p:">
 
Saya tidak suka menonton video lama-lama, jadi bolehkah tuan tanah terangkan kandungan atau ringkasan atau point utama berkenaan tajuk diatas?

Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadishadis
tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah).
Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun
banyak bilangannya.
Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah
kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai
imam-imam hadis yang lain) bahawa:
“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang
hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka
tidak boleh diterima riwayatnya.” [1]

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang
melakukan solat hajat ialah:

“Dari Abdullah bin Abi Auf, ia berkata: Telah bersabda
Rasulullah sallallahu alaihi wa-sallam: Barangsiapa yang
mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang dari
Hani Adam (manusia), maka hendakIah ia berwuduk serta
menyempurnakan (membaguskan) wuduknya, kemudian soIat
hajat dua rakaat. Setelah selesai solat hajat hendaklah ia
menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi Muhammad
sallallahu 'alaihi wasallam. Kemudian membaca doa hajat:”

Menurut ulama hadis, hadis di atas ini sangat lemah (daif). la
dikeluarkan oleh Imam Tirmizi (1/477), oleh Imam Hakim (1/320) dan
dikeluarkan juga oleh imam-imam yang lain. Hadis di atas ini dari jalan
Faaid bin Abdullahrahman Abu al-Waruqa, dari Abdullah bin Abi Auf
secara marfu'.

Imam Tirmizi dalam riwayatnya menjelaskan bahawa:
“Hadis ini gharib (asing), pada sanadnya ada
perbincangan (maqal) disebabkan Faaid bin Abdurrahman
telah dilemahkan di dalam hadisnya.”
Didapati sanad hadis ini sangat lemah kerana Faaid bin Abdurrahman
telah dilemahkan oleh ramai (sejumlah besar) ulama hadis (muhaddis).
Di bawah ini dibawakan penjelasan para ulama hadis tentang Faaid bin
Abdurrahman Abdul Waruqa':
1. Berkata Abdullah bin Ahmad dari bapanya (Imam Ahmad)
bahawa hadis ini termasuk "Matrukul hadis" orang yang
ditinggalkan (tidak boleh dipakai) hadisnya.
2. Berkata Imam Ibnu Ma'in: Dhaif dan bukan orang yang siqah (tidak
dipercayai).
3. Berkatra Imam Abu Daud: Tidak berguna (istilah bermakna
lemah/perawi lemah).
4. Berkata Imam Nasaii: Perawi yang tidak siqah atau matrukul
hadis.
5. Berkata Imam Abu Hatim: Hadis-hadisnya dari Ibn Abi Aufa batil.
6. Berkata Imam al-Hakim: la meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa dan
hadis-hadisnya adalah maudu' (palsu).
7. Berkata Ibn Hibban: Mungkarul hadis (hadis mungkar).
8. Berkata Imam Bukhari: Mungkarul hadis. Dan menurut jarah Imam
Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya
mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” [2]


Dengan keterangan ini jelaslah bahawa hadis tentang solat hajat sangat
lemah kerana telah dilemahkan oleh ramai para ahli (ulama) hadis.
Maka melakukan solat hajat adalah perbuatan bid'ah yang diada-adakan
kerana tiada keterangan dalil yang sahih yang membolehkannya.

Adapun pengganti solat hajat apabila ada keperluan atau hajat, ialah
solat istiharah sebagaimana yang terdapat dalam hadis-hadis yang
sahih.

Antara yang memuatkan hadis solat hajat di dalam kitab mereka dan
melemahkannya ialah:
1. Imam al-Hakim. Lihat Al-Mustadrak 1/320.
2. Imam at-Tirmizi. Lihat Hadis no. 1/477.
3. Imam lbn Majah. Lihat Hadis no. 1348.
4. lbn Hajar. Lihat Kitab Tahzibut Tahzib 8/255
5. Imam An-Nawawi. Lihat Al-Azkar Hlm. 156.
Selain hadis daif (lemah) yang telah dijelaskan, terdapat lagi hadis
lemah untuk membolehkan solat hajat yang dimuatkan oleh Syed Sabiq
dalam kitabnya "Fiqih Sunnah" yang dianggap oleh beliau hadis tersebut
sebagai hadis sahih, tetapi menurut al-lmam Nasiruddin al-AlBani
rahimahullah bahawa hadis tersebut terbukti hadis lemah. [3]

Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Dari Abi ad-Darda' radiallahu 'anhu berkata: Wahai
sekalian manusia! Sesungguhnya aku pernah mendengar
Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Barang sesiapa
yang berwuduk lalu ia sempurnakan wuduknya, kemudian
melakukan solat dua rakaat dengan sempurnanya, nescaya Allah
akan menunaikan segala hajatnya (apa sahaja yang diminta)
cepat atau lambat".
Hadis di atas ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad rahimahullah dalam
Musnadnya 6/442 - 443 dengan sanadnya yang lemah (dhaif). Di
dalam sanadnya terdapat seorang rawi yang majhul (tidak dikenal/tidak
diketahui), iaitu Maimun Abi Muhammad. [4]
Dengan demikian, kenyataan Syed Sabiq bahawa sanad hadis ini sahih
adalah merupakan kesilapan dan tasaahul (perbuatan yang bermudahmudah)
dalam mengambil hadis sebagai hujjah syara.

Dengan keterangan ini juga, diharap para ulama yang mengamalkan
dan membiarkan umat mengerjakan solat hajat ketika mereka ada
keperluan, seperti amalan di sekolah-sekolah dan pusat-pusat pengajian
tinggi apabila hampirnya menghadapi peperiksaan akhir, persatuanpersatuan
agama apabila ada perayaan-perayaan tertentu, masjidmasjid
dan surau-surau serta orang-orang perseorangan apabila
menyambut hari-hari yang dianggap sebagai kebesaran Islam, maka
mereka (terutamanya para ulama) perlu berhujjah dengan hujjah-huijah
dari syara untuk membolehkannya agar mereka tidak melakukan bid'ah
yang tercela iaitu bid'ah dhalalah.






 
Last edited:
jangan bagi link ustaz sesat bagi ceramah..

kalo nak, ko sesat sorang2..

jangan nak ajak org len sesat.. pahala dh banyak sangat ke??

kalo ada sama2 sesat ngan ko, bertambah2 la dosa... ha, pahala x banyak nak tambah dosa.

harap admin/mod dapat pantau thread ni..

banned je sape2 yg bawa unsur wahabi kat CG ni...

mulut jangan celopar sangat, kata orang sesat, URD berhujah dengan al-quran dan hadis, bukan macam kamu guna tuduhan palsu, kalau dia sesat, sila buktikan kesesatnya di mana, dengan hujah alquran dan hadis, bukan dengan dengan pendapat 'saya rasa' atau 'saya fikir', kerana itu adalah pendapat syaitan.

 
bidaah ada yg halal ada yg haram. kene tgk perbuatan tu bercanggah ke x dgn hukum syarak..



ps: klu nk ikutkan, naik kereta pun bidaah sbb zaman nabi mana ada kereta

bidaah yang dilarang ialah bidaah dalam bentuk ibadah baru yang direka oleh manusia setelah nabi wafat. ibadah seperti itu tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah, tidak pernah diamalkan oleh sahabat.

adapun naik kereta, naik kapal terbang dan sebagainya, itu urusan dunia, bukan satu bentuk ibadah,bidaah seperti itu memang digalakkan untuk kemudahan manusia,
 
yang masih melayan TT yg sesat ni buat pe..banyak dah thread dia bukak pasal bidaah ni...TT pun kalo nak sesat..sesat la sorang2..yg ko nak ajak org lain sesat tu nape....balik2 isu yg sama..dan ko pun dah tahu pendirian kbnykkn warga CG...yg ko masih nak bangkitkan usul bidaah ni pasal apa...ko jilat la kaki rasul dhari tu sorang2 dah la.bukak thread pastu diam....mental kot TT ni.

kata-kata kamu sungguh kurang ajar, tak layak enkau memakai jilbab,luar nampak warak dalam hati berkerak...
 
ni ha orang cite pasal rasul dahri si wahabi...


RASUL DAHRI WAHHABI YANG MENJISIMKAN ALLAH
« pada: 13 November, 2007, 11:08:18 AM »
Oleh: Abu Syafiq ( 012-2850578 )

Tiada beza antara Hindus yang menyambut Deepavali dengan Wahhabi yang menyembah jisim khayalan sendiri. Hindu pun menyembah berhala Wahhabi turut menyembah jisim kononnya bersifat duduk di atas kerusi. Ini hakikat golongan musyrikin.
Rasul Dahri turut mengakui bahawa Allah itu adalah jisim sebagaimana yang telah dinyatakan olehnya sendiri dalam banyak penulisan bahawa ALLAH ADALAH JISIM dan ini merupakan akidah Mujassimah yang tiada bezanya dengan seagama Dato’ Sammy Vellu.

*Ini adalah sebahagian penyelewengan Rasul Dahri Wahhabi. Ada lagi 737 penyelewenganya dalam permasaalah akidah.

RASUL DAHRI SETUJU&AKUI AGAMA YAHUDI & KRISTIAN
Kenyataan sesat Rasul Dahri dalam bukunya BID’AH m/s 152: “ Agama Yahudi dan Nasrani merupakan agama tauhid dari Allah”. Rujuk di atas scan kitab tersebut
(nom 1).

Sangat buruk dan jijik apabila Rasul Dahri yang sering menyuarakan dirinya sebagai Rasul Salafi telah mengiktiraf agama Yahudi dan agama Kristian sebagai agama yang benar.

Ketahuilah bahawa agama yang diredhoi oleh Allah hanyalah agama Islam tidak agama lain.
Manakala agama Yahudi & Kristian bukanlah agama yang benar dan BUKAN agama tauhid dari Allah…tidak sama sekali.
Allah berfirman dalam surah Al-Imran memberitahu bahawa agama dari Allah dan agama yang diredhoi olehNya hanyalah agam Islam sahaja bukan agama Yahudi mahupun Kristian :
85. Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.

Allah ta’ala menjelaskan lagi dengan firmanNya dalam surah Al-Imran:
19. Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan Yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki Yang ada Dalam kalangan mereka. dan (ingatlah), sesiapa Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

Amat jelas lagi bersuluh bahawa agama tauhid dari Allah hanyalah agama Islam.
Cukup jahil Rasul Dahri yang mendakwa guna Al-Quran dan Hadith tapi pada hakikatnya memperolok-olokkan firman Allah dan Hadith Nabawi demi merialisasikan impian agama Yahudi yang dia sendiri iktiraf.

Wahai Rasul Dahri, wahai rasul palsu…Al-Quran&Al-Hadith tak kata pun agama Yahudi itu agama tauhid dari Allah, ulama As-Salaf sebenar tidak pula mengatakan begitu tetapi kamu mengakuinya agama Yahudi adalah agama yang betul dan benar.
Soalan saya..berapa US Dollar Yahudi bayar pada kamu untuk kamu mengiktiraf agama Yahudi??!!. Jawab!

RASUL DAHRI KAFIRKAN AL-ASYA’IRAH & NERAKA MILIKNYA?
Kenyataan sesat Rasul Dahri dalam bukunya BID’AH: “ Asy’ariyyah ( Al-Asya’irah ) dan semua cabang-cabang dari firqah-firqah sesat ini. Mereka adalah golongan yang bid’ah akidahnya yang mana diakhirat kelak akan dikekalkan di dalam neraka”. Rujuk di atas scan kitab tersebut (nom2).

Tidak pelik apabila saya (Abu Syafiq) mendapati Rasul Dahri mengkafirkan Al-Asya’irah kerana dia sanggup berdusta dengan mengatakan agama Yahudi adalah agama tauhid dari Allah.

Tetapi yang menjadi persoalannya sekarang, mengapa Rasul Dahri mempertahankan agama Yahudi terang-terangan waktu yang sama pula mengkafirkan golongan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah AL-ASYA’IRAH bahkan Rasul Dahri meletakkan dirinya sebagai Tuhan apabila mendakwa golongan Al-Asya’irah ini akan kekal dalam neraka selama-lamanya. Adakah neraka milik Rasul Dahri rasul palsu ini??!

Ketahuilah bahawa golongan Al-Asya’irah merupakan manjoriti umat Islam yang berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka bukan kafir.

Soalan saya (abu syafiq) kepada Rasul palsu ini : Apakah hak kamu menetapkan umat Islam itu kekal dalam neraka? Adakah neraka milik kamu atau milik Allah??!! Jawab!

Sekian…semoga Allah memberi hidayah iman kepada Wahhabi dan menambahkan kekuatan ilmu Islam kita ASWJ.


credit: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=2489.0

abu syafiq tu musuh ketat URD memang dia kutuk macam-macam ,
dalam siri video di mana Allah, URD tidak ada mengatakan Allah berjisim, kata-kata itu diandaikan sendiri oleh abu syafiq.

 
tuan ...
sbg seorang pelajar URD...
nak tanya ni...
solat fardhu 5 waktu secara bersendirian tu bidaah ke tak?
 
Back
Top
Log in Register