BTC USD 80,437.0 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solat Hajat Pun Bidaah ?

bukan naik kereta jer..bab mengajar agama guna youtube pun bidaah..sebab nabi mengajar para sahabat secara berdepan..tak der plak disebalik tabir..ke aku salah :-?:-?

fuyooo... confuse2...#:-S
 
makin confius dgn thread nie.....

solat hajat nie tak perlu....klau buat tu lebih baik buat tahajud..

dlm solat lima waktu tu pon kita nak aper2 dlm sujud tu pon dah ckup..
lepas solat kita berhajat pon dah cukup....
 
13 rukun solat
1. berdiri betul
2. niat
3. takbiratul ihram
4. membaca alfatihah
5. rukuk
6. iktidal
7. sujud
8. duduk di antara 2 sujud
9. duduk tahiyat akhir
10. baca tahiyat akhir
11. baca salawat
12. memberi salam
13. tertib

perbuatan asas... berapa kali solatpun itu jerr yg diulang2

oo..begitu..jadi sudah faham..TQ..:)paid
 
maaf la TT..setiap yang kite kerjakan atas dunia ini adalah dikire ibadah bagi org Islam..bukan khusus kepada solat,puase,zakat dll..ruginye umat Islam kalu setakat kerjakan ibadah khusus baru dikire ibadah & baru dikire dpt pahala..
Waallahua'alam..

bagi benafas sket tt
aku bukan mau bela cuma kita patut jangan sempitkan fikiran
maksud tt tu sebenarnya ibadah khusus

utamakan fakta tak kira cam mana cara yg dia nak sampaikan
 
[1]Menurut para ulama hadis (muhaddis) bahawa semua hadishadis
tentang solat hajat adalah hadis dha'if (hadis lemah).
Maka tidak boleh mengamalkan hadis lemah walaupun
banyak bilangannya.

Oleh itu mendirikan solat hajat hukumnya adalah bid'ah
kerana menurut Imam Bukhari rahimahullah (dan ramai
imam-imam hadis yang lain) bahawa:
[2]“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang
hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka
tidak boleh diterima riwayatnya.”

Antara hadis yang menjadi hujah pada mereka yang
melakukan solat hajat ialah:

Anda berbohong :)

1. Mengikut Imam Nawawi adalah tidak SALAH UNTUK BERAMAL DENGAN HADIS PERAWI DHAIF.

2. Mengikut muzakarah yang berlaku di AFN , DOC FATHI TIDAK JUMPA HADIS DIATAS . Anda sanggup mengatakan bahawa solat hajat adalah bidaah bermakna anda telah menolak hadis dan hukumnya??
 
bagi benafas sket tt
aku bukan mau bela cuma kita patut jangan sempitkan fikiran
maksud tt tu sebenarnya ibadah khusus

utamakan fakta tak kira cam mana cara yg dia nak sampaikan

mungkin kerana ada perbezaan maksud seprti yang dihighlightkan

Originally Posted by ammal07 View Post
bidaah yang dilarang ialah bidaah dalam bentuk ibadah baru yang direka oleh manusia setelah nabi wafat. ibadah seperti itu tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah, tidak pernah diamalkan oleh sahabat.

adapun naik kereta, naik kapal terbang dan sebagainya, itu urusan dunia, bukan satu bentuk ibadah,bidaah seperti itu memang digalakkan untuk kemudahan manusia,
 
Anda berbohong :)

1. Mengikut Imam Nawawi adalah tidak SALAH UNTUK BERAMAL DENGAN HADIS PERAWI DHAIF.

2. Mengikut muzakarah yang berlaku di AFN , DOC FATHI TIDAK JUMPA HADIS DIATAS . Anda sanggup mengatakan bahawa solat hajat adalah bidaah bermakna anda telah menolak hadis dan hukumnya??

aku sudah mula pening...kalu ada sumber rujukan kan senang..boleh bagi rujukan tak..begitu juga dengan ammal07..boleh bagi rujukan kitab2 tuh tak..
 
FATHI said:
FATHI said:
abufaqeeh said:
FATHI said:
abufaqeeh said:
mendirikan solat hajat hukumnya bid'ah kerana mengikut Imam Bukhari “Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.”
(Rujuk; Al-Mustadrak 1/320 oleh Imam Al-Hakim)

pertama kali ana mendgr kenyataan ini,

di mana kenyataan al-Bukhari ni? dlm Mustadrak? ana nk kepastian, sbb ana nk buka Mustadrak, tahqiq syaikh Muqbil.

ma'alish syeikh fathi bukan dlm mustadrak tapi dlm Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6. ana terlepas pandang tadi dlm makalah URD.

dah tengok ke makalah tu?

ana dh tgk, dan ana akn buka Mizanul 'Itidal. Dan akan semak adakah benar al-Bukhari sebut "hadith solat hajat". Jika benar al-Bukhari sebut mcm tu, maka ni telah menyelesaikan semua kemusykilan tntg hadith solat hajat ini.

alhamdulillah, ana telah semak kitab Mizan al-'Itidal, dan ana tidak jumpa kata2 al-Bukhari yg URD nukilkan itu.


kata URD:

Kata al-Bukhari: “Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” (Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6 - terjemhan URD)

pada tempat yg lain dlm artikel yg sama, kata URD:

Dan menurut jarah Imam Bukhari: “Setiap Rawi yang telah aku katakan padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.” (Lihat Mizanul l’tidal. jld. 1. Hlm. 6- terjemahan URD)

Nampaknya terdapat kecelaruan pada terjemhan URD, rujukan yg sama iaitu Mizan al-'Itidal, jld 1, m/s 6, tapi URD terjemah dgn gaya yg berbeza, terjemahan pertama adanya tambahan lafaz "hadith solat hajat", dan terjemhan kedua tiada tambahan lafaz "solat hajat", setelah di semak, yg betul seperti dlm naskhah asal dlm bahasa arab adalah tanpa tambahan lafaz "hadith solat hajat".

----------------------

setelah disemak, ana tidak jumpa kata al-Bukhari yg menyebut:

“Setiap rawi yang telah aku jelaskan tentang hadis solat hajat padanya mungkarul hadis, maka tidak boleh diterima riwayatnya.”

perkataan yg di merahkn tiada pada ayat asal dlm bahasa arab dalam kitab Mizan al-Itidal. Diharap URD dapat betulkan mistake pada terjemhan makalah tersebut

-------------------------

kitab Mizan al-'Itidal yg ana guna utk buat semakan ini ialah, ana guna 2 edisi:

1 - Mizan al-'Itidal (softcopy):
software maktabah syamilah ver, 2.11

2- Mizan al-'Itidal (pdf- scan dari kitab yg asal hard copy):

nama kitab: Mizan al-'Itidal fi Naqd al-Rjal
penulis: Imam al-Hafiz syamsuddin Muhammad bin Ahmad az-Zahabi
tahqiq: syaikh Ali Muhammad, syaikh 'Adil Ahmad
cetakan: Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut-Lubnan, 1995M/1426H
jilid: 8 jilid

RJUKAN http://al-fikrah.net/Forums/viewtop...order=asc/highlight=solat+hajat/start=45.html
 
Back
Top
Log in Register