RnR sesak, wajar solat tepi jalan, kata Wan Ji
© Provided by Projek MM Wan Ji Wan Hussin berkata perbuatan itu bertepatan apatah lagi mendirikan solat Subuh. — Foto ihsan Facebook/Wan Ji Wan Hussin
KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Pendakwah Wan Ji Wan Hussin hari ini mempertahankan pihak yang mendirikan solat di tepi jalan.
Wan Ji, 38, berkata perbuatan berkenaan tidak menyalahi syariat demi memenuhi tuntutan agama.
“Yang komen, suruh solat di hentian RnR dan tidak setuju mereka solat di sini adalah orang yang tidak ada di tempat kejadian.
“Solat langgar waktu dengan sengaja ini, berdosalah. Engkau hendak tanggung dosa orang dengan fatwa bodoh engkaukah?” soalnya di Facebook.
Bekas ahli jawatankuasa Ulama PAS Selangor berkata perbuatan itu bertepatan apatah lagi mendirikan solat Subuh.
Katanya, perbuatan berkenaan tidak bertentangan dengan Maqasid Syariah kerana turut sama memelihara agama.
“Solat subuh. kepala bapak apa jamaknya? Nak jamak Subuh dengan Zohorkah? Boleh qada nanti?
“Orang yang ada di tempat kejadian kata RnR penuh. Jadi, apa masalahnya kalau solat di tepi jalan macam ini?” soalnya.