BTC USD 80,882.6 Gold USD 4,382.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Solar Sistem utk rumah

rasanya xyh jual kot..pakai utk diri sendiri ja....sbb kalau nk jual, modal lak besar...pulangan lak amik masa bertahun2...
 
yang berharga RM10,000 ni kalau kita pasang sendiri, kalau kedai yang pasang tak dapat harga ni, katakan lah panel solar 1000watts RM2000, deep discharge bateri 800AH RM5600 dan 5000Watta pure sine wave inverter mungkin dalam RM3500 agak nya, ini saja sudah cecah RM11,100, memang mengambil jangka masa yang lama untuk balik modal, ini rasa nya mencukupi untuk sebuah rumah sederhana dengan sebuah peti sejuk 2 pintu 5'6" dan sebuah aircond 10,000Btu serta peralatan2 letrik biasa, run terus menerus selama 24jam, anggaran saja ni.
 
Baru habis dengar taklimat produk solar tapi solar hybrid sistem lah.
 
khatam aku baca.. memang banyak info berguna.. rasa minat plak nak tau lebih lanjut pasal ni..
Kalau ada sesiapa yang dah berjaya mohon benda ni harap dapat la kongsi resepi..
 
tuan2 boleh rujuk jugak facebook Raja Shamri...dia ada buatkan system solar utk rumah baru penduduk yg dilanda banjir di kelantan tempoh hari...tapi basic je la kawan tgk...guna bateri keta/lori...
 
sistem solar ni senang sebenar..yg tak senang ialah onkosnya shj
 
Diy lah solar panel ni murah sikit, kalau beli yang baru harga dia antara RM600 to RM700 untuk setiap 100watts panel kalau pasang sendiri bolih kurangkan nya sehingga RM200 to RM300 untuk setiap 100watts
 
aku beli yg kecik² je..spt lampu solar taman mini
spot light rumah
pastu lampu solar boleh bawa gi berkhemah


ps...dah lama tak pakai lilin
sejak berjinak² dgn solar

dah lama potong astro
sejak berjinak² dgn pelbagai kotak

anda faham maksud saya?
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register