BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Sohai pemandu mabuk

KILANG ARAK DI SELANGOR KEBAL UNDANG-UNDANG​

Jika arak masih dirasmikan, dibangga dan dibenar di negara ini, maka jangan terkejut jika tragedi jalan raya akibat pemandu mabuk hanyalah permulaan kepada tragedi lebih besar runtuhnya prinsip, hancurnya akhlak, dan hilangnya jati diri sebuah negara Islam.

Selagi kilang arak terus berdiri megah di tanah yang azan berkumandang lima kali sehari, selagi syarikat alkohol menyumbang cukai dengan tangan kanan sambil memusnahkan masyarakat dengan tangan kiri, dan selagi pemimpin islam terus menyepi demi "pelaburan", maka jangan kita tertanya mengapa akhlak generasi merosot, jenayah meningkat, dan maruah bangsa Islam tercalar.

Malaysia tidak kekurangan pemimpin beragama – kita hanya kekurangan keberanian. Tidak hairan jika suatu hari nanti, jenama arak tempatan lebih dikenali dunia berbanding nama tokoh politik kita.

Dan ketika itu, jangan tanya di mana silapnya, tapi tanyalah, siapa yang jual maruah agama demi saham dan statistik ekonomi. Sekian terima kasih….

 
Back
Top
Log in Register