BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Ini sohai sengaja terbalikkan bendera Johor

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,545
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,545
Reaction score
1,681
Points
201
SIARAN MEDIA

KETUA POLIS DAERAH PONTIAN

"POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA"


ISU PEMASANGAN BENDERA NEGERI JOHOR TERBALIK


SIASATAN AWAL MENDAPATI PEMASANGAN BENDERA TERSEBUT DILAKUKAN TANPA NIAT UNTUK MENGHINA ATAU TIDAK MENGHORMATI LAMBANG KEBESARAN NEGERI JOHOR, SEBALIKNYA BERPUNCA DARIPADA KECUAIAN / KEKHILAFAN PIHAK PEMASANG. PEMILIK PREMIS TELAH TAMPIL MEMBERIKAN KERJASAMA SEPENUHNYA DAN TINDAKAN SEGERA TELAH DIAMBIL BAGI MEMBETULKAN KEDUDUKAN BENDERA.

KES INI DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 5 AKTA LAMBANG DAN NAMA (MENCEGAH PENGGUNAAN TIDAK WAJAR) 1963, SEKSYEN ΑΚΤΑ LAMBANG DAN NAMA (KAWALAN MEMPAMER) 1949 DAN SEKSYEN 14 AKTA KESALAHAN KECIL 1955.

PIHAK POLIS INGIN MENASIHATI ORANG RAMAI AGAR TIDAK MEMBUAT SPEKULASI, MENYEBARKAN MAKLUMAT YANG TIDAK SAHIH ATAU MENGELUARKAN KENYATAAN YANG BOLEH MENGUNDANG KETEGANGAN KAUM DAN MENGGANGGU KETENTERAMAN AWAM.

POLIS TURUT MENEGASKAN BAHAWA PEMASANGAN JALUR GEMILANG SERTA BENDERA NEGERI HENDAKLAH SENTIASA MEMATUHI TATACARA YANG BETUL SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN KEPADA KEDAULATAN NEGARA DAN NEGERI.

ORANG RAMAI JUGA DINASIHATKAN AGAR LEBIH PEKA SERTA MEMASTIKAN PEMASANGAN BENDERA DILAKUKAN DENGAN BETUL, TERUTAMANYA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN.

POLIS AKAN TERUS MENJALANKAN PEMANTAUAN DAN TIDAK AKAN BERKOMPROMI TERHADAP MANA-MANA PIHAK YANG BOLEH MENIMBULKAN KERESAHAN AWAM ATAU DIANGGAP MENGHORMATI SIMBOL NEGARA SERTA NEGERI. TIDAK

t.t

(MOHAMMAD SHOFEE BIN TAYIB) SUPT

KETUA POLIS DAERAH PONTIAN JOHOR.



14049078089537509-317560.jpg
 
317721-317721.jpg


Pasar raya mini pasang bendera Johor terbalik diarah tutup 30 hari


PONTIAN – Pasar raya mini di Pekan Nanas di sini diarahkan tutup selama 30 hari selepas didapati mengibarkan bendera Johor secara terbalik sehingga tular di media sosial.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abdul Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan bermula pada hari Isnin dan telah diserahkan kepada pemilik premis berkenaan.

Menurut beliau, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan (MDP) 2019, iaitu berhubung pengibaran bendera.

“Tindakan penutupan ini dibuat mengikut UUK 49(2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua untuk menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen atau undang-undang kecil.

“Bagaimapun, pemilik premis masih boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan itu, namun keputusan lanjut tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua MPPn,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam tular video berdurasi satu minit 47 saat di media sosial memaparkan bendera Johor dipasang terbalik di Pekan Nanas sebelum dibetulkan semula.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nenas, Tan Eng Meng berkata, pasukan pemantau khas telah ditubuhkan bagi memastikan pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Johor di kawasan itu dilakukan dengan betul sempena Sambutan Bulan Kebangsaan.

Jelas beliau, pasukan tersebut melibatkan Ahli Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), ketua kampung serta ketua masyarakat yang akan turun padang memantau premis perniagaan dan rumah kediaman.

“Sekiranya terdapat kesilapan dalam pemasangan bendera, pasukan berkenaan akan terus membantu serta membetulkannya.
Kita berharap insiden melibatkan pemasangan bendera secara terbalik tidak berulang dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register