BTC USD 23,439.2 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

46du114t1f

Fun Poster
Messages
610
Joined
Feb 24, 2018
Messages
610
Reaction score
88
Points
30
SNR+ATR+FRACTALS -- CHART SETUP YANG TERBARU

UPDATE:

EURUSD

USDJPY

GBPUSD

AUDUSD

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salam para pedagang,

Chart setup ini ialah berdasarkan kepada support and resistance levels.

Penggunaan indicator Average True Range dan indicator ZigZag ialah untuk membantu melukis support and resistance levels secara manual.

Mula-mula insert indicator ZigZag pada chart.

Kemudian insert indicator Average True Range 100-period pada chart.

Dengan menggunakan ZigZag maka reversal point yang penting sahaja yang akan dilukis pada chart.

Berikut ialah fungsi kepada Average True Range:

Setiap garisan support and resistance mempunyai zone yang tersendiri.

Untuk memudahkan analysis support and resistance zones maka garisan supports and resistances akan dilukis mengikut pembahagian round numbers.

Sebagai contoh:

50 Intervals

100 akan dibahagikan menjadi 50 dan 50.
Berikut ialah diagram bagi 50 intervals.

Round Numbers 50.jpg


Ada satu situasi lain yang perlu diambil kira bagi 50 intervals ini:

25 ialah terletak di antara 0 dan 50.
Jika harga betul-betul reverse pada 25 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 0.
25 --> 0

75 ialah terletak di antara 50 dan 100.
Jika harga betul-betul reverse pada 75 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 100.
75 --> 100

25 intervals

100 akan dibahagikan menjadi 25, 25, 25 dan 25.
Pada asalnya 25 intervals ini dilukis dengan susunan 25, 50, 75 dan 100.
Untuk menjadikan round maka 25 ini akan diwakilkan oleh sama ada nombor 20 atau 30.
Berikut ialah diagram bagi 25 intervals:

Round Numbers 25.jpg


Ada 2 situasi lain yang perlu diambil kira bagi 25 intervals ini.

Situasi 1:

12.5 ialah terletak di antara 0.0 dan 20.0.
Jika harga betul-betul reverse pada 12.5 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 0.0.
12.5 --> 0.0

25.0 ialah terletak di antara 20.0 dan 30.0. Jika harga betul-betul reverse pada 25.0 maka tukar kepada 20.0. Anggaplah nombor genap sebagai lebih round daripada nombor ganjil.
25.0 --> 20.0

37.5 ialah terletak di antara 30.0 dan 50.0.
Jika harga betul-betul reverse pada 37.5 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 50.0.
37.5 --> 50.0

62.5 ialah terletak di antara 50.0 dan 70.0.
Jika harga betul-betul reverse pada 62.5 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 50.0.
62.5 --> 50.0

75.0 ialah terletak di antara 70.0 dan 80.0. Jika harga betul-betul reverse pada 75.0 maka tukar kepada 80.0. Anggaplah nombor genap sebagai lebih round daripada nombor ganjil.
75.0 --> 80.0

87.5 ialah terletak di antara 80.0 dan 100.0.
Jika harga betul-betul reverse pada 87.5 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 100.
87.5 --> 100.0

Situasi 2:

Kadang-kadang terdapat dua reversal di mana satu pada 20.0 dan satu pada 30.0.

Dua reversal itu boleh jadi:
Support dan support,
Resistance dan resistance,
Support dan resistance.

Oleh kerana jarak kedua-dua level yang dekat maka pilih satu reversal yang lebih besar dan yang kelihatan lebih penting sebagai mewakili kedua-dua reversal itu.

Begitu juga apabila terdapat dua reversal di mana satu pada 70.0 dan satu pada 80.0.

Diagram berikut ialah contoh bagi dua reversal iaitu support dan support:

25-20.jpg


25-30.jpg


10 intervals

100 akan dibahagikan menjadi 10 sebanyak 10 kali.

Situasi yang perlu diambil kira bagi 10 intervals ialah seperti berikut:

5 --> 0 10
15 --> 10 20
25 --> 20 30
35 --> 30 40
45 --> 40 50
55 --> 50 60
65 --> 60 70
75 --> 70 80
85 --> 80 90
95 --> 90 100

5 ialah terletak di antara 0 dan 10.
Jika harga betul-betul reverse pada 5 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 0.

15 ialah terletak di antara 10 dan 20.
Jika harga betul-betul reverse pada 15 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 20.

25 ialah terletak di antara 20 dan 30.
Jika harga betul-betul reverse pada 25 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 20.
Selain itu 20 juga ialah nombor yang mewakili 25 interval.

35 ialah terletak di antara 30 dan 40.
Jika harga betul-betul reverse pada 35 maka tukar kepada nombor yang mewakili 25 interval iaitu 30.

45 ialah terletak di antara 40 dan 50.
Jika harga betul-betul reverse pada 45 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 50.

55 ialah terletak di antara 50 dan 60.
Jika harga betul-betul reverse pada 55 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 50.

65 ialah terletak di antara 60 dan 70.
Jika harga betul-betul reverse pada 65 maka tukar kepada nombor yang mewakili 25 interval iaitu 70.

75 ialah terletak di antara 70 dan 80.
Jika harga betul-betul reverse pada 75 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 80.
Selain itu 80 juga ialah nombor yang mewakili 25 interval.

85 ialah terletak di antara 80 dan 90.
Jika harga betul-betul reverse pada 85 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 80.

95 ialah terletak di antara 90 dan 100.
Jika harga betul-betul reverse pada 95 maka tukar kepada nombor yang lebih round iaitu 100.

Seterusnya rujuk bacaan pada Average True Range.

Ambil nilai round number yang kurang daripada nilai bacaan yang asal itu.

Sebagai contoh:

Jika bacaan itu ialah 0.01750 maka ambil nilai round number 0.01000.
0.01750>0.01000.

Jika bacaan itu ialah 0.00750 maka ambil nilai round number 0.00500.
0.00750>0.00500.

Jika bacaan itu ialah 0.00375 maka ambil nilai round number 0.00250.
0.00375>0.00250.

Warna biru ialah untuk support.

TA 1. S.jpg


Warna merah ialah untuk resistance.

TA 2. R.jpg


Warna lime (hijau muda) ialah untuk gabungan support and resistance.

TA 3. SBR.jpg


Jika satu garisan support dan satu garisan resistance terletak bersempadan di antara satu sama lain maka kedua-dua garisan support dan garisan resistance itu akan diwarnakan sebagai gabungan support and resistance.

Tujuannya ialah untuk menandakan sesuatu zone yang kuat apabila harga sudah membentuk resistance selepas break sesuatu support.

TA 4. SBR X.jpg


TA 5. SBR O.jpg


Setiap garisan support and resistance mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Semakin banyak kali harga bounce pada support and resistance maka semakin kuat support and resistance itu.

Untuk menentukan kekuatan support:
Satu kali bounce ialah garisan biru putus-putus.
Dua kali bounce ialah garisan biru biasa.
Tiga kali bounce ialah garisan aqua biasa.
Empat kali bounce atau lebih ialah garisan aqua tebal.

Untuk menentukan kekuatan resistance:
Satu kali bounce ialah garisan merah putus-putus.
Dua kali bounce ialah garisan merah biasa.
Tiga kali bounce ialah garisan magenta biasa.
Empat kali bounce atau lebih ialah garisan magenta tebal.

Untuk menentukan kekuatan gabungan resistance dan support.
Satu kali bounce ialah garisan lime putus-putus.
Dua kali bounce ialah garisan lime biasa.
Tiga kali bounce ialah garisan kuning biasa.
Empat kali bounce atau lebih ialah garisan kuning tebal.

Akhir sekali, setiap timeframe mempunyai supports and resistances yang tersendiri.

Timeframe yang digunakan ialah Monthly, Weekly, Daily, 4 Hour dan 1 Hour.

Memandangkan parameter Average True Range ialah 100-period maka disarankan jumlah bar yang digunakan untuk analysis ialah sekurang-kurangnya 100 bars.

Dalam MetaTrader 4, jumlah bar yang paling minimum yang boleh dipaparkan di dalam chart ialah sebanyak 34 bars.
Zoom out yang seterusnya chart akan memaparkan 68 bars.
Zoom out yang seterusnya chart akan memaparkan 138 bars.

Ambil chart yang mamaparkan 138 bars itu.
Anggaplah 38 bars itu sebagai extra untuk analysis.

Penerangan chart setup berdasarkan support and resistance levels ini mungkin akan menjadi lebih jelas sekiranya disertakan dengan contoh daripada chart currency pair yang sebenar.

Post berikutnya ialah contoh chart setup untuk EURUSD.

Edit:

A picture is worth a thousand words.

A few pennies is worth a thousand charts.
 
Last edited:
Sponsored Post

46du114t1f

Fun Poster
Messages
610
Joined
Feb 24, 2018
Messages
610
Reaction score
88
Points
30
camana guna atr n zigzag no tentukan snr????mohon pencerahan yuan

Saya bagi contoh untuk chart EURUSD MN.

Mula-mula selepas masukkan indi ATR dan ZigZag maka chart akan jadi macam ni...

31. Empty EURUSDMonthly.png


Kemudian tuan perhatikan bacaan pada ATR iaitu 0.04404.

Maka round number yang akan diambil ialah 0.02500. 0.04404>0.02500.

Kalau ada level 0.02500 nanti akan dilukis menjadi round pada chart iaitu dua level 0.02000 dan 0.03000.

Saya ambil contoh satu resistance dan satu support.

Kedua-dua level itu akan ditukar menjadi round kepada round number yang terdekat.

32. EURUSDMonthly.png


Kalau tuan perhatikan resistance merah itu berkedudukan sempadan dengan support biru itu.

Maka kedua-dua level itu diwarnakan sebagai lime menandakan sebagai satu zone support becomes resistance.

33. EURUSDMonthly.png


Selebihnya supports and resistances yang lain dilukis melalui peraturan yang sama.
 
Sponsored Post

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.08114
USD / JPY
131.185
GBP / USD
1.20545
USD / CHF
0.92604
USD / CAD
1.34115
EUR / JPY
141.829
AUD / USD
0.69230

CG Sponsors




Top
Log in Register