BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMS/MMS SCAM...teknik curi duit yang takkan pupus

xor

Active Member
Messages
2,412
Joined
Mar 28, 2011
Messages
2,412
Reaction score
113
Points
43
Salam semua yang membaca...

den nak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan telco yang sekarang semakin menjadi jadi...

tak cukup dengan hidden charge, sekarang ni ada saja cara telco yang nak sedut duit pelanggan...

den sudah buat pemerhatian sendiri sejak 2 bulan ni, bila dapat mesej dari nombor pendek macam: 33317, credit prepaid den akan hilang RM2.50...

mesej ni akan sampai seminggu sekali, dan jelas memang credit akan hilang RM2.50...

dipendek kan cerita, selepas call celcom centre berpuluh kali... sampai bateri habis pun tak berjawab... den pun ke pejabat celcom cawangan berdekatan...

dapat la berjumpa dengan staff yang baik hati mengajar den dengan hanya menaip mesej:

Stop all dan hantar ke 11911

cara ni untuk blok SEMUA mesej yang akan tolak kredit kita...

pada sesiapa yang ada pengalaman kena macam ni, sila lah kongsi cara korang selesaikan nya.. .
pengguna telco lain yang ada sangat dialu-alukan... :)cgrock

Updates....

MAJORITI KES MACAM NI BERLAKU DI CELCOM + ADA CARA SELESAIKANNYA...
KALAU ADA PENGGUNA TELCO LAIN YANG "TERKENA" DAN ADA CARA NAK SELESAIKAN,
TOLONG LAH SHARE UNTUK KEBAIKAN BERSAMA...


AWAS DENGAN NOMBOR SHORTCODE DI BAWAH NI...KREDIT AKAN DITOLAK KALAU MASUK DALAM INBOX :
- 33193
- 39339, 32263, 39611 tq amirule
- 39886, 32626
- 33220, 39611 tq msaifziec
- 37773 tq joe_naga

CARA USER LAIN NAK STOP/SEKAT MESEJ TOLAK KREDIT NI :
ada kat thread mana tah, dia call 03-80008000 buat aduan pastu diserahkan kepada skmm. tak lama lepas tu dapat balik kredit.

daripada dok buat stop all baik buat juga aduan terus kepada pihak skmm.

penyamun betoi !
ni aku sokong. bisnes samun kredit tetap diteruskan.
baik lapor ke skmm jer.
isi borang online kat http://aduan.skmm.gov.my/
kalaupun berjaya stop dengan cara hantar sms ke 11911 tu, kena report jugak kat skmm wahai sahabat2.. boleh stop je, tapi takkan dapat balik amaun kredit yang discam tu. alih2 bulan depan sampai lagi sms tu.
dia tolak kredit rm1 ke, rm2 ke, rm3 ke, walaupun pada sesetengah orang tu tak banyak, tu memang hak kita. tak salah tuntut hak, dan memang kena lapor pada pihak yang bertanggungjawab. berapa kerat sangat kat luar nu tau dengan cara 11911 ni, tu pun cuma untuk stop, bukan untuk dapatkan balik hak kita. kalau rm1 sorang darab berap juta customer diorang mau kaya malaun2 tu.

orang2 tua, makcik2, pakcik2 akan tetap kena. ayah aku penah kena rm148 dalam sebulan bil, mak aku penah kena rm38 dalam sebulan bil. kalau tak sebab aku terasa nak tengok bil diorang, alamat sampai kaya raya malaun tu semua hasil keja tak bermoral ni. dua2 aku report ke skmm dan dua2 dapat rebate dalam bil bulan depan.
 
Last edited:
RM500 over period of 6 bulan, line telefon abah aku kena charge SMS mengarut ni, telco provider is DIGI.
 
Terima kasih kerana berkongsi ilmu
 
pakai telco apa tu? setakat aku pakai maxis ni lebih 10 tahun lepas, belum pernah kena lagi la.
 
Terima kasih kerana berkongsi ilmu

sama - sama, jangan bazirkan duit utk sindiket macam ni..

pakai telco apa tu? setakat aku pakai maxis ni lebih 10 tahun lepas, belum pernah kena lagi la.

kes ni den perhatikan pada CELCOM PREPAID... sebab terus tahu kalau kredit kena songlap...

den ada juga nombor CELCOM POSTPAID.. dan lepas buat sms "Stop all" ke 11911 tu pun akan dapat feedback yang sama mcm di handphone PREPAID.. maksudnya, POSTPAID den sudah bertahun-tahun kena SCAM.. padanla baru seminggu bayar bil, terus dapat mesej nk overlimit. mesej cenggini dapat 7 - 8 keping seminggu.. parahhh!!
 
ada kat thread mana tah, dia call 03-80008000 buat aduan pastu diserahkan kepada skmm. tak lama lepas tu dapat balik kredit.

daripada dok buat stop all baik buat juga aduan terus kepada pihak skmm.

penyamun betoi !
 
pakai telco apa tu? setakat aku pakai maxis ni lebih 10 tahun lepas, belum pernah kena lagi la.

Same lah kite, aku pakai no meksis aku ni dr 97 sampai la sekarg ni lom penah kena lg.
 
Back
Top
Log in Register