BTC USD 77,508.4 Gold USD 4,393.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SMS/MMS SCAM...teknik curi duit yang takkan pupus

stop all huruf kecik..?

den follow je apa yang staff celcom tu ajar.. dia taip kan utk den,

Stop all

hantar ke 11911

cuba buat kat nombo sendiri,,,FREE je... untung - untung, tak kena SCAM dari sekarang..

Terima kasih TT

sama-sama.. kalau ada telco lain yang terkena macam ni, pakat share cara nk selesaikan even kena call operator telco atau pergi ke kaunter telco tersebut...
 
dapat reply 'your request is SUCCESS'...hehhe tq tt
 
kalo pakai pasca bayar pun boleh guna kaedah ni jgk ke..??

Maxis punye takde ke..??
 
:)cgrock
Salam semua yang membaca...

den nak berkongsi cara nak selamatkan credit/bill dari ditelan telco yang sekarang semakin menjadi jadi...

tak cukup dengan hidden charge, sekarang ni ada saja cara telco yang nak sedut duit pelanggan...

den sudah buat pemerhatian sendiri sejak 2 bulan ni, bila dapat mesej dari nombor pendek macam: 33317, credit prepaid den akan hilang RM2.50...

mesej ni akan sampai seminggu sekali, dan jelas memang credit akan hilang RM2.50...

dipendek kan cerita, selepas call celcom centre berpuluh kali... sampai bateri habis pun tak berjawab... den pun ke pejabat celcom cawangan berdekatan...

dapat la berjumpa dengan staff yang baik hati mengajar den dengan hanya menaip mesej:

Stop all dan hantar ke 11911

cara ni untuk blok SEMUA mesej yang akan tolak kredit kita...

pada sesiapa yang ada pengalaman kena macam ni, sila lah kongsi cara korang selesaikan nya.. .
pengguna telco lain yang ada sangat dialu-alukan... :)cgrock

Cara aku paling senang, bila dah terkena mcm ini, aku call Celcom dan diaorg bagi tau cara untuk disable mesej2 ini.

Lepas tu, Key point yang paling penting....Korang kene ckp dgn customer service tu, kalau hal ini berulang lagi, korang takkan bayar. Celcom harus tanggung jawab.

Lepas tu, ambik service call number dan nama customer service tu untuk simpanan.

Boleh guna untuk rujukan.
 
ada kat thread mana tah, dia call 03-80008000 buat aduan pastu diserahkan kepada skmm. tak lama lepas tu dapat balik kredit.

daripada dok buat stop all baik buat juga aduan terus kepada pihak skmm.

penyamun betoi !

ada terbaca dulu..den dah cuba selak-selak tak jumpa, search 11911@carigold pun tak jumpa, maknanya cara ni belum ada orang ambil tahu/share

kalau ada jumpa page tu, tolong paste kan ye.. den nk baca balik...
mana tahu ada yang dah share cara nk claim balik duit tu...

persoalan bagi den, nk buktikan dengan apa??? confirm telco/skmm akan goreng den siap-siap sebab tak ada bukti...

...lepas kena sendiri baru panas punggung ni...
 
Same lah kite, aku pakai no meksis aku ni dr 97 sampai la sekarg ni lom penah kena lg.

ini staff celcom yang bilang sama den, dia kata sindiket ni akan ambil nombor secara random...

pelik kannn?

(dalam hati ni dah tahu taktik telco songlap duit pengguna - sebab setiap transaction mesti celcom dapat komison)
 
Thank TT..

Bump utk peringatan yg lain..
 
ada kat thread mana tah, dia call 03-80008000 buat aduan pastu diserahkan kepada skmm. tak lama lepas tu dapat balik kredit.

daripada dok buat stop all baik buat juga aduan terus kepada pihak skmm.

penyamun betoi !

ni aku sokong. bisnes samun kredit tetap diteruskan.
baik lapor ke skmm jer.
isi borang online kat http://aduan.skmm.gov.my/
 
dapat reply 'your request is SUCCESS'...hehhe tq tt

:((:((:(( sedih ada yg senasib...

POSTPAID den pun dapat mesej serupa.. patutla bil melambung ~X(

kalo pakai pasca bayar pun boleh guna kaedah ni jgk ke..??

Maxis punye takde ke..??

den punya PREPAID CELCOM ni asalnya nombor maxis,,, dari tahun 1998 tak pernah kena... lepas tukar ke CELCOM 1 MALAYSIA ni haaa...

kalau ada cara telco lain tolong share/paste sini ya.. den update kan..
 
Back
Top
Log in Register