BTC USD 60,213.6 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kenyataan Media KKM, Makluman Produk Kosmetik ZMY Magnetic Aura Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
448,870
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Mar 15, 2010
Messages
448,870
Reaction score
36,251
Points
2,836
Awards
2
1000197525.jpg

1000197526.jpg

1000197524.jpg


Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Makluman Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
 
Sponsored Post

Hentikan guna krim malam ZMY Magnetic Aura - KKM​


22 APR 2024

2623658.jpg

Produk krim malam keluaran ZMY Magentic Aura yang didapati mengandungi merkuri.


SHAH ALAM – Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai supaya menghentikan penggunaan krim malam keluaran ZMY Magentic Aura kerana mengandungi merkuri.

KKM mengesahkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan yang memaparkan pembatalan notifikasi produk kosmetik berkenaan oleh Pengarah Kanan Farmasi, KKM dan tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

“Penjual dan pengedar produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,” katanya pada Isnin.

Tambah KKM, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Ujarnya, bagi pengguna yang menggunakan produk tersebut dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

“Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA di www.npra.gov.my atau menerusi aplikasi NPRA Product Status menerusi Google Play store.

Menurut KKM, merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

Katanya, selain itu, ia boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau dalam kandungan dan akan menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register