ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Rosliza bersama produk Slieza yang berasaskan Stevia.
MELIHAT khasiat yang terkandungdalam Stevia, syarikat milik Bumiputera yang berpangkalan di Kuantan, Bidara Herba Niaga menghasilkan produk baharu berasaskan Stevia menerusi jenama, Slieza.
Pengarah Urusannya, Rosliza Sidek berkata, satu-satunya cabaran dalam menjual produk berasaskan Stevia adalah kesedaran.
"Rata-rata yang mengetahui khasiat Stevia adalah warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.
"Oleh itu, meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang Stevia adalah penting," katanya ketika ditemui di Pameran Halfest 2014 di Pusat Pameran MIECC, Seri Kembangan, baru-baru ini.
Menurutnya, produk Stevia ini baharu sahaja diperkenalkan bulan lalu dengan kerjasama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).
Setakat ini, pihaknya mempunyai tiga jenis minuman Stevia iaitu Stevia Delima, Epal Hijau dan Teh Limau Ais.
Mengulas berhubung pasaran produknya itu, Rosliza berkata, produknya boleh diperoleh di kebanyakan pasar besar sekitar Kuantan, kedai-kedai runcit dan kedai di beberapa negeri.
Katanya, buat masa ini, syarikatnya mahu memberi tumpuan kepada pemasaran dalam negara terlebih dahulu sebelum ke pasaran luar negara.
Menurutnya, Bidara Herba juga bakal memasuki beberapa pasar raya besar pada Oktober ini.
"Namun, jika ada peluang, kami mahu menembusi pasaran Jepun," katanya dan memberitahu masyarakat Jepun begitu peka terhadap kesihatan dan khasiat Stevia.
Rosliza berkata, kilang yang terletak di Kuantan itu mampu menampung sehingga 40,000 unit produknya setiap bulan dan telah mempunyai sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sejak 2011, setahun selepas beroperasi.