BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skuter satu roda

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Skuter Ryno, menggunakan kuasa bateri dan mampu mencapai kelajuan sebanyak 40 kilometer sejam.

SKUTER elektrik Ryno adalah sejenis kenderaan yang dilabelkan amat mustahil untuk terbalik.

Dipetik MailOnline, tunggangan satu roda itu berfungsi melalui kuasa bateri dan bergerak pada kelajuan sehingga 40 kilometer sejam.

Media tempatan melaporkan, Ryno direka secara khusus oleh Syarikat RYNO Motor berpangkalan di Portland bagi tujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan bayaran letak kereta yang mahal.

Ryno juga dilengkapi dengan teknologi imbangan iaitu ia secara automatik membaiki kedudukan jika pemandunya terlebih membelok ke kanan, kira, depan atau mengundur.

"Ryno hanya seberat 57 kilogram dan mampu menuruni kawasan bercerun sebanyak 30 peratus," kata jurucakap Ryno.

Idea menghasilkan skuter satu tayar ini dilaporkan dicetuskan oleh anak perempuan CEO firma, Chris Hoffman pada 2009.

"Beliau meminta bapanya menghasilkan sebuah skuter sebagai kenderaan ke sekolah selepas bermain permainan motosikal," katanya.

Ryno dijangka berada di pasaran pada pertengahan Ogos dan dijual pada harga tidak kurang £2,250 (RM10,788).
 
pergh.ni kena ada lock special ni. kalau pencuri jumpa angkut masuk boot kereta buat haru je #:-S#:-S
 
tempat pijak mcm tu je kedekut beno
 
smart jugak..mmg makin maju dah teknologi...
 
kalau bleh komersil ni mesti drop kadar kesesakan jalan ry kt key hell ni ....

agak2 nk bawak ni kne ada lesen x.... seingat aku dlu ada basikal bermotor pun x dibenarkan jgk kt mesia ni.... canggih2 pun last2 xleh diutilizekan x gune gk....
 
Back
Top
Log in Register