BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SKMM tegas beri netbook

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUANTAN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Timur akan bertindak lebih tegas dalam proses pengagihan komputer riba di bawah program Netbook 1Malaysia bagi fasa ketiga kali ini bagi mengelakkan pelajar berkelayakan terus tercicir manakala mereka yang tidak layak pula menerimanya.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Datuk Mohd Shafie Harun berkata, secara keseluruhan pihaknya akan mengagihkan sebanyak 78,000 unit komputer riba bagi tiga fasa sebelum berakhir penggal persekolahan tahun ini.

“Bagi fasa ketiga ini sebanyak 37,000 unit kepada pelajar negeri ini termasuk 3,100 unit di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Teruntum dan 2,700 unit di Tanjung Lumpur akan diberikan dalam tempoh terdekat ini.

“Sebelum ini kami telah mengagihkan 18,500 unit pada fasa pertama dan 7,700 unit pada fasa kedua dan sekali gus telah berjaya mengesan pemalsuan maklumat keluarga dan pelajar di negeri ini.

“Jadi kami akan bertindak lebih tegas agar berlaku berlaku adil dalam pengagihan netbook tersebut, walaupun hanya segelintir sahaja perbuatan itu dapat dikesan, namun perkara tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menjejaskan pengagihan kepada pelajar yang lebih layak,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Menurutnya, jika SKMM dapat mengesan terdapat pemalsuan dan maklumat yang tidak tepat mengenai penerima, secara automatik namanya akan dibuang terus daripada senarai.

“Dalam pengagihan sebelum ini kita telah mengesan beberapa pemalsuan maklumat terutama berkaitan pendapatan isi rumah keluarga pelajar tersebut yang melebihi RM3,000 sebulan di mana telah diletakkan di bawah paras RM3,000 bagi menunjukkan kelayakan mereka.

“Terdapat segelintir pelajar terdiri daripada golongan anak-anak ahli peniagaan, kaki tangan awam dan mereka berpendapatan tinggi memohon untuk mendapatkan netbook ini.

“Dalam pada itu, kita juga akan pastikan tidak ada kes di mana di dalam satu keluarga menerima dua unit netbook 1Malaysia,” katanya.

Katanya, tindakan lebih tegas akan dilakukan dalam pengagihan fasa ketiga ini bagi memastikan semua pelajar yang berhak menerimanya memandangkan terdapat banyak rungutan dan aduan daripada pelajar dan ibu bapa.

“Namun bagi pelajar dan ibu bapa yang tidak berjaya menerima dan layak boleh membuat rayuan tersebut sebelum penggal persekolahan tahun ini tamat.

“Bagi mereka yang berada di kawasan sekitar bandar boleh mengemukakan rayuan sama ada di pihak sekolah, pejabat pendidikan berhampiran atau datang sendiri ke pejabat SKMM manakala bagi yang menetap jauh boleh dilakukan di pejabat kawasan Dun atau Parlimen masing-masing.

Sementara itu, katanya, selepas mendapat netbook pelajar wajib melanggan Jalur Lebar dengan pakej-pakej istimewa yang telah ditawarkan mengikut kemampuan.

“Dalam masa yang sama juga, bagi pelajar yang kurang kemampuan SKMM telah membina 318 lokasi kampung tanpa wayar di seluruh negeri Pahang dan mereka boleh mengakses secara percuma.

“Dalam pada itu SKMM turut merancang untuk menambah lagi bilangan lokasi kampung tanpa wayar yang kini masih lagi dalam proses mengenal pasti,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/skmm-tegas-beri-netbook-1.71685
 
macam nie la tegas... jgn depan je... kena gegar dengan ahli politik terus mendiam diri...
 
yang layak xdapat kena merayu....
ingat diorang ni pemintak sedekah ke nak rayu-rayu...
yang xlayak tapi dapat, senyap je... macamne plak... buat bantahan laaa....
nampak no kasi kroni.... klu nak kasi kroni pun biarlaaa yang layak.....
 
setengah tampat tu siap ada yang pilih kasih lagi..kesian pada anak2 yang betul2 memerlukan..
 
masalah yg timbul sbnrnya slps dpt.mmg la kluarga yg susah dpt netbook tp kn lggan stimix @ brokbank.so,dia org yg dpt dh tertakluk kpd komitmen bulanan....
jadi...apa kata anda pula
 
masalah yg timbul sbnrnya slps dpt.mmg la kluarga yg susah dpt netbook tp kn lggan stimix @ brokbank.so,dia org yg dpt dh tertakluk kpd komitmen bulanan....
jadi...apa kata anda pula

ooo..ada komitmen nak bayar bulanan plak? ni menangguk di air yg keruh..huhu..

bagi free je lah, xyah nak kontrak komitmen pelbagai..
 
fitxleaf's
cmne dgn simkad skmm?
ooo..ada komitmen nak bayar bulanan plak? ni menangguk di air yg keruh..huhu..

bagi free je lah, xyah nak kontrak komitmen pelbagai..
masalahnya xleh nk bg free.mmg kn amik jugak brokbank @ stimik sbg memenuhi t&c. utk org skrg ok la cz ada brokbank.ms adik aku dpt dlu kn lggn stimix.rm60 wooo plg basic.utk org yg ssh dh beso tu hrga g2 utk komitmen bulanan.so,pilihan yg ada ms tu amik id stimix yg blh d gunakan kt tmpt2 mcm tm point,pizza (brp pulak nk kluar duit utk mkn, xkn duk saje ).id saje rm25 stiap bulan tnpa dpt gna internet cz duk luar bndr.xde tm2 point ni.
klu skrg rm25 blh dpt skmm punya brokband.tp utk family yg x brp mmpu la masalahnya cz kn bli skali modem hrga rm100.so, total utk permulaan kn byr rm125
 
Last edited:
sesetengah kawasan disediakan kampung tanpa wayar, walaupun xkeseluruhan tp y berdekatan boleh gunakan perkhidmatan ini secara percuma menggunakan netbook yang diagihkan.pihak SKMM menerima calon2 yang layak daripada pihak sekolah/ketua kampung/seangkatan dengannya, kemungkinan dari situ banyak nama yang xlayak terlepas pandang
 
Back
Top
Log in Register