tyco
Active+ Member

- Messages
- 4,115
- Joined
- Sep 16, 2010
- Messages
- 4,115
- Reaction score
- 1,680
- Points
- 111
Oleh Fahmi bin Faiz
BANGI, 11 Jamadilawal 1440H, Khamis – Skim pinjaman baharu oleh bank milik kerajaan, Bank Simpanan Nasional (BSN), yang menawarkan kemudahan pinjaman khusus kepada komuniti Cina, dilihat berat sebelah, malah berpotensi memberi impak terhadap sosioekonomi masyarakat majmuk tanah air.
Skim itu, yang dinamakan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina (SPUPK) mula dilancarkan pada Januari 2019, yang memberi kemudahan kredit dengan syarat yang longgar kepada kaum Cina, termasuk pinjaman dengan modal sehingga RM50,000 tanpa sebarang cagaran.
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, pengenalan skim itu yang dikhususkan buat komuniti Cina adalah tidak wajar dalam keadaan di mana kemapanan ekonomi Bumiputera masih terkebelakang.
“Dalam pada perlaksanaan segala macam polisi kerajaan baharu yang tidak berpihak kepada Islam dan Bumiputera, amatlah tidak wajar skim BSN ini diperkenalkan.
“Pinjaman tanpa cagaran ini adalah satu inisiatif yang akan membuka peluang bagi sesiapa sahaja daripada kaum Cina untuk mendapatkan pinjaman.
“Hal ini akan memberi ketakutan dan menekan pendeposit, sekiranya ia terlalu mudah diluluskan kerana pelbagai syarat dan prosedur yang perlu dilalui seperti cagaran tanah yang mempunyai Force of Sale diperkenalkan sebelum ini bagi pinjaman perniagaan kecil kepada Bumiputera oleh agensi-agensi kerajaan,” katanya kepada Ismaweb.net.
Mengulas lanjut, Nasrul berkata, perlaksanaan skim itu juga tidak wajar memandangkan kaum Cina di Malaysia sudah diberi layanan yang sangat baik oleh kerajaan, melalui begitu banyak skim bantuan kepada mereka.
“Mereka (kaum Cina) dibantu dengan macam-macam bantuan. Kaum Cina diberikan akses khas kepada peruntukan RM50 juta seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 melalui Kojadi, selain peruntukan RM30 juta untuk Yayasan Peniaga dan Penjaja Kecil 1Malaysia bagi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.
“Mereka juga mendapat pengurangan kadar cukai bagi pendapatan bercukai sehingga RM500,000 pertama, dikurangkan daripada 19 peratus kepada 18 peratus dalam Bajet 2017 bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana kaum itu. Malah cukai pendapatan individu kalangan mereka juga telah banyak dikurangkan oleh kerajaan terdahulu,” katanya.
Justeru, Nasrul berkata, kerajaan PH harus mula mengambil kira perasaan dan kepentingan pribumi di Malaysia termasuk Melayu dan Bumiputera, berbanding mengambil pendekatan berat sebelah, kerana ini dikhuatiri akan meluaskan jurang sosioekonomi, sekali gus menjerumuskan tanah air ke dalam kancah masalah antara etnik

KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bank Simpanan Nasional (BSN) telah dilantik oleh Kementerian Kewangan sebagai bank penyelaras bagi mengendalikan skim dana pinjaman usahawan komuniti Cina yang telah diperkenalkan semasa pembentangan Belanjawan 2018 lalu.
Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd. Ghani berkata, dana pinjaman tersebut adalah Skim Penjaja Kecil Cina dan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina.
“Selaras dengan pembentangan Belanjawan 2018 lalu, dana pinjaman Skim Penjaja Kecil Cina dan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina telah diperkenalkan dan Kementerian Kewangan telah melantik BSN sebagai bank penyelaras bagi mengendalikan skim-skim ini.
“Ia adalah bertepatan dengan hasrat Kementerian Kewangan untuk lebih telus dalam penyaluran pembiayaan melalui institusi perbankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tular di media sosial hari ini poster produk pembiayaan Skim Pembiayaan Usahawan Perusahaan Kecil Komuniti Cina yang ditawarkan BSN sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.
“Oleh itu, melalui skim yang diperkenalkan ini, diharapkan dapat membantu para usahawan mikro dan penjaja kecil masyarakat Cina memperoleh pembiayaan yang diperlukan untuk
memperkembangkan perniagaan mereka,” kata Yunos.
Dalam pada itu, tambahnya, BSN juga sebelum ini tidak ketinggalan bersama kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) membangunkan perniagaan masing-masing.
“BSN mula memperkenalkan pembiayaan mikro kepada orang ramai pada tahun 2007, di mana ia terbuka kepada usahawan-usahawan mikro dalam membantu membangunkan perniagaan mereka seperti Bantuan Pembiayaan kepada Penduduk Tetap Kampung Baru Cina (PKBC) yang telah ditawarkan sebelum ini.
“Pembiayaan ini telah berjaya membantu para usahawan mikro mengembangkan perniagaan mereka seperti mendapatkan modal pusingan, membuat pengubahsuaian premis, membeli
perkakasan dan aset perniagaan,” katanya
Perkasa desak BSN beri penjelasan
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pengurusan tertinggi Bank Simpanan Nasional (BSN) berhubung dakwaan menyediakan skim pinjaman tanpa cagaran kepada satu kaum tertentu.
Presidennya, Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali berkata, beliau terkejut dengan berita itu setelah mendapat aduan daripada beberapa bumiputera yang mendedahkan mengenai ‘keistimewaan’ skim berkenaan, yang dikatakan diperkenalkan khusus untuk kaum berkenaan.
“Saya minta CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) BSN tampil menjawab perkara ini. Perkasa juga ingin tahun adakah skim itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Jemaah Menteri atau Kementerian Kewangan.
“Walaupun jumlah pinjaman tidak banyak iaitu RM50,000 sahaja diluluskan, tetapi pinjaman tanpa cagaran itu yang mengejutkan kita.
“Sedangkan, pinjaman untuk bumiputera dan Melayu walaupun lebih sedikit dari itu, dikenakan cagaran dan bermacam-macam syarat yang ketat,” katanya pada sidang media hari ini. - MG
![]()
Presiden Pertubahan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Dr Ibrahim Ali (tengah) diringi Timbalan Presiden Datuk wira Masood Zainal Abidin (Kiri) dan Setiausaha Agung Tuan Syed Hassan Syed Ali (kanan) bercakap semasa sidang media Presiden Perkasa 2019 sempena Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi pertama 2019 Perkasa Malaysia di Regency Hotel, Kuala Lumpur. foto MUHAMMAD ZULHAIRI, 19 JANUARI 2019
Last edited: