BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal tender perolehan bwh Menteri KASA

sir_hepi

Active Member
Messages
2,136
Joined
Nov 30, 2018
Messages
2,136
Reaction score
509
Points
81
Dalam kesibukan kempen PRU15, rakyat mungkin tidak sedar bahawa kita berdepan dengan satu risiko besar projek-projek bernilai berbilion ringgit diluluskan dan dianugerahkan secara cepat dalam tempoh kerajaan peralihan (atau “caretaker government”).

0711A.jpg

Sejak beberapa minggu lalu, saya telah dimaklumkan bahawa ada usaha untuk meluluskan projek-projek bernilai bilion ringgit dengan segera tanpa mengikut prosedur Perbendaharaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

Maklumat yang saya perolehi setakat ini menunjukkan ada satu projek yang kini sedang diusahakan untuk diberi kelulusan segera secara rundingan terus walaupun dalam tempoh “caretaker government”.

Saya sertakan Pekeliling Perbendaharaan yang dikeluarkan bertarikh 18 Oktober 2022 mengenai pelaksanaan perolehan kerajaan semasa fungsi “caretaker government”. Perenggan 3 pekeliling tersebut dengan secara jelas menghalang sebarang komitmen kontraktual atau aku janji, termasuk rundingan atau aku janji baru yang boleh membebankan kerajaan persekutuan yang baru.

Pekeliling Kewangan Semasa Caretaker - DOWNLOAD

Satu risiko kewangan yang paling besar dihadapi oleh rakyat di musim pilihanraya ialah apabila parti-parti politik yang berkuasa perlu mengumpul dana sebagai persediaan pilihanraya.

Kebiasaannya, sumbangan-sumbangan dari syarikat-syarikat dikumpul terlebih dahulu dengan janji sumbangan mereka akan diganti dengan projek-projek kerajaan apabila parti itu kembali berkuasa.

Sebab itu, selepas PRU14 yang lepas, pihak berkuasa menjumpai wang tunai beratus juta ringgit dalam bentuk sumbangan politik kepada UMNO semasa serbuan dibuat ke atas premis yang digunakan Najib Razak.

Saya dimaklumkan bahawa di beberapa kementerian kebelakangan ini, ada tekanan yang kuat supaya menteri-menteri meluluskan projek-projek secara rundingan terus kepada beberapa kroni.

Satu kes yang dibawa kepada saya ialah yang melibatkan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di bawah menterinya Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Kementerian ini bertanggungjawab menyelia Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang mempunyai kontrak-kontrak infrastruktur besar.

Semakan saya menunjukkan ada dua projek yang dikendalikan kementerian ini yang melibatkan satu syarikat kroni yang rapat dengan pimpinan UMNO.

Saya boleh mendedahkan bahawa kementerian yang dipimpin Timbalan Presiden PAS ini telah pun menganugerahkan satu tender bernilai RM578.6 juta kepada Mangkubumi Sdn Bhd untuk kerja-kerja menaiktaraf kolam tebatan banjir Krubong – Durian Tunggal secara tender terhad (atau selektif) di bawah program Jana Wibawa. Projek ini diumumkan sendiri oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri (rujuk https://www.melakahariini.my/peruntukan-rm600-juta-bina-kolam-dwi-fungsi-krubong-pm/)

Program Jana Wibawa adalah projek-projek yang melibatkan peruntukan besar yang bermula sejak zaman Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang dianugerahkan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputra tertentu dengan penuh kerahsiaan, terutamanya kerana ia melibatkan tempoh masa semasa kerajaan mengisytiharkan darurat akibat PKP.

Saya akan menyentuh dengan lebih panjang mengenai program Jana Wibawa ini dalam sidang media yang akan datang.

Untuk hari ini, saya ingin mendedahkan bahawa dimaklumkan oleh pemberi maklumat dalaman bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air sedang dalam proses untuk menganugerahkan satu projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus kepada syarikat yang sama iaitu Mangkubumi Sdn Bhd.

Projek bernilai RM2 bilion ini adalah untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2.

Semakan saya terhadap Mangkubumi Sdn Bhd menunjukkan perkara-perkara berikut:

  • Syarikat ini tidak memfailkan penyata kewangan diaudit kerana memilih status sebagai “exempt company” (iaitu dikecualikan dari memfailkan penyata kewangan dengan pihak berkuasa)
Private-Exempt-Co.-2021DOWNLOAD
  • Syarikat ini telah pun ada dua kes petisyen muflis di mahkamah kerana tidak membayar hutang kepada kontraktor seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Petition-To-Wind-Up-due-to-indebtednessDOWNLOAD
Petition-To-Wind-Up-due-to-indebtedness-2DOWNLOAD
  • Syarikat ini berhutang sebanyak RM144 juta dengan institusi kewangan mengikut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Annual-Return-2021-CorrectDOWNLOAD


Semakan lanjut mengenai pemilik Mangkubumi Sdn Bhd iaitu Tan Sri Zainuddin Karjan menunjukkan dia adalah seorang tokoh yang rapat dengan UMNO dan telah mendapat laba yang berterusan dari projek-projek kerajaan seperti berikut:

Maka, maklumat bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air kini dalam proses untuk menganugerahkan projek bernilai RM2 bilion secara rundingan terus semasa fungsi “caretaker government” adalah satu perkara yang perlu dijawab segera oleh menterinya Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika benar perkara ini tidak akan diteruskan, sewajarnya Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan terbuka bahawa projek ini tidak akan dianugerahkan secara rundingan terus dan sebarang keputusan hendaklah dibuat oleh kerajaan yang baru.

RAFIZI RAMLI
 
KELULUSAN PROJEK RM285 JUTA KEPADA MANGKUBUMI DIBUAT SELEPAS TARIKH PEMBUBARAN

1668613047460.png


1668613061863.png


1668613087984.png


1668613134433.png


1668613150450.png

Rafizi :
Baru semalam PN (PAS+BERSATU) mengaku suci tak de penyelewengan.

Hari ni -> timbul isu projek rundingan terus RM2b semasa caretaker gov kpd sykt kroni Umno yg berkait Azeez Rahim, pernah ada charge money laundering.

Menteri? Tuan Ibrahim Tuan Man 😅
 
Orang UMNO dari 2011 hanya menjerit fitnah setiap kali saya membuat pendedahan walaupun saya menang semua kes di mahkamah mengenai skandal-skandal ini.

Orang PAS dulunya paling kuat menjemput saya ke pentas ceramah mereka dan paling kuat mengulang skandal-skandal yang saya dedahkan untuk menyerang UMNO. Tetapi selepas menjadi teman sejati UMNO, mereka juga hanya menjerit fitnah kali ini.

1667832087037.png


Kita ada peluang membersihkan negara kita dari barah rasuah. Barah ini membunuh masyarakat. Saya akan terus mainkan peranan saya. Saya ajak anda juga mainkan peranan anda di peti undi untuk membunuh rasuah.

1667832103228.png
 
Betul ka ni...padu betul sumber rafizi ye..orang lain pakat senyap dia boleh dapat info...

Kalau betul dakwaan dia mmg teruk la...2B nilai yg banyak selepas kes LCS..
 
Mai tang puak depa. Sengap.. masuk gua semua... bab tender kerajaan ni xsemua but mostly teratur je follow pekeliling. Ingat penjawat awam semua bodo x reti buat kerja ka. Time ni depa korek nk buat persepsi negatif saja. Janji pengundi ingat depa ni la juara anti rasuah.
 
"Apa?kes rasuah terowong ajaib?
ESOK saya akan jelaskan" kata Piji sambil berfikir apa lagi yg dia nak pusing esok hari.
Aritu die ada janji nk dedahkn kan...
Tapi..... Senyap!
 
Sejak pembubaran Parlimen pada 10 Oktober, kementerian menangguhkan segala proses perolehan berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir secara Off-Budget (2023 – 2030). - KASA

Dakwaan dalam proses anugerah tender hanya persepsi: KASA​

08 November 2022 09:20amMasa membaca: 2 minit

1974430.jpg

Laporan Sinar Harian.

PUTRAJAYA - Dakwaan bahawa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat 2 ketika ditadbir oleh kerajaan sementara (Caretaker) hanyalah bersifat persepsi sahaja.

KASA dalam satu kenyataan memaklumkan, sejak pembubaran Parlimen pada 10 Oktober, kementerian menangguhkan segala proses perolehan berkaitan dengan Projek Tebatan Banjir secara Off-Budget (2023 – 2030) termasuk pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan, Surat Setuju Terima dan sebarang bentuk rundingan dengan pihak kontraktor atau perunding termasuk Kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat.




Menurut kenyataan itu, langkah tersebut selaras dengan mesyuarat khas ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan pada 11 Oktober lalu dan pekeliling Kementerian Kewangan (MOF) bertarikh 18 Oktober 2022 serta garis panduan Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker yang diluluskan jemaah menteri pada 7 Oktober.

"Garis panduan itu antara lain menetapkan apa-apa komitmen kontraktual atau aku janji hendaklah dielakkan termasuklah apa-apa rundingan atau aku janji baharu yang boleh mengikat dan membebankan serta memberi implikasi kewangan kepada kerajaan baharu.

"KASA sentiasa cakna dan patuh kepada peraturan yang berkaitan dalam tempoh kerajaan sementara ini. Justeru itu, kenyataan tersebut tidak berbangkit sama sekali dan hanya bersifat persepsi sahaja," kata kenyataan itu pada Selasa.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menuntut penjelasan Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung dakwaan status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Dakwanya, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara.

Bagaimanapun tuduhan itu segera ditepis Tuan Ibrahim dan meminta Rafizi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mempunyai bukti.




Penyandang kerusi Parlimen Kubang Kerian itu turut meminta peguamnya melihat dari aspek undang undang mengenai dakwaan Rafizi tersebut.
 
Back
Top
Log in Register