BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal Forex 1992

bila PR perintah .. kasi bongkar balik kes lama especially melibatkan harta rakyat .. tak kesah la time tuh anwar terlibat ke tak .. kalo salah tetap salah .. pastu rampas jer harta2 puak2 yg songlap nih kasi masuk balik perbendaharaan negara ..
 
Kenapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan pertukaran asing (forex) dinaikkan pangkat?

Perkara ini dipersoal Lim Guan Eng (DAP-Bagan) kepada timbalan menteri kewangan Donald Lim di Parlimen hari ini.

"George Soros dicaci penyangak yang jejas pertukaran mata wang asing tapi adakah kerajaan sedar masa itu Bank Negara juga terlibat kegiatan sama, berjudi dengan wang negara dalam pertukaran mata wang asing?" soalnya.

Menuding jari kepada Nor Mohamad Yakcop (BN-Tasik Gelugor), Lim berkata, kenapa bekas pentadbir kanan Bank Negara itu tidak dipersalahkan, sebaliknya dinaikkan pangkat sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

"Ini bukan 'Janji Ditepati', tetapi 'jampi ditepati'," sindirnya.

Donald sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sebagai menteri kewangan pada masa itu mengesahkan dagangan tukaran asing berlaku sehingga menyebabkan kerugian besar dan mahu ia dihentikan serta merta.

Katanya, telah merujuk beberapa pihak, beliau difahamkan aktiviti itu dilakukan bawah seksyen forex BNM bawah selian Nor Mohamed Yakcop.
 
KUALA LUMPUR 24 September: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah mengarahkan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein untuk menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang (forex) oleh Malaysia ketika dalam kerajaan.

“Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu minta (perniagaan itu) dihenti serta merta.

Perniagaan forex (mata wang) dibuat sebelum 1990, sebelum saya menjadi Menteri Kewangan.
“Perniagaan forex ini dilakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu,” kata Anwar.

Beliau menjelaskan demikian selepas diprovok Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mencelah mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, pernah meminta Anwar meletak jawatan berikutan kerugian tersebut pada 1993.

“Tidak ada masalah (untuk jawab) Ipoh Timur. Ada perakuan. Memang ada kerugian yang dinafikan. Saya dah bercakap dengan Tan Sri Jaafar. Dia beri penjelasan walaupun belum mendapat maklumat.

“Walaupun dia tak bertanggungjawab (secara) langsung, tapi dia pilih untuk meletakkan jawatan. Peliknya Nor Mohamed Yakcop pula diangkat sebagai Menteri,” tegas Anwar menjelaskan, Nor Mohamed ketika itu pemimpin Bank Negara yang bertanggungjawab di bawah Seksyen Forex Trade (dagangan matawang).

Terdahulu, Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam soalan bertulis meminta kerajaan menyatakan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan kadar perbelanjaan Persekutuan.

Ini memandangkan sumber pendapatan negara yang tidak berkembang secara signifikan, serta peningkatan hutang negara ke paras yang membimbangkan berjumlah RM437 bilion dengan defisit yang terus meningkat.
 
kes ni ada kat thread dalam cg jugak.. aku da baca haritu.. tp tak ingat la.. pasai kes forex ni.. time tu tun det tak reti forex.. mat nor yg introduce.. dan depa trade la dalam keadaan tak berapa reti.. then rugi..


pastu stop.. pastu kalau tak silap.. depa trade semula rasanya.. pastu stop lagi.. then mten diwujudkan utk membuat rancangan tindakan ekonomi utk ekonomi mesia time tu.. so beberapa risky action tun det buat.. alhamdulillah benda tu menjadi.. kalau tak jadi.. mmg tun det hidup dalam kehinaan la ni.. hehe
 
RM30 billion tu... bukan sikit kerugian tu. Rumah aku tak bayar api RM150 utk 3 bulan je dah kena bergelap. Ini RM30 billion. Apa nak jadi la Malaysia ni. Hasil mahsyul banyak tapi dapat ke penyangak.

UMNO haram jadah!!!
 
RM30 billion tu... bukan sikit kerugian tu. Rumah aku tak bayar api RM150 utk 3 bulan je dah kena bergelap. Ini RM30 billion. Apa nak jadi la Malaysia ni. Hasil mahsyul banyak tapi dapat ke penyangak.

UMNO haram jadah!!!

Si Bahlul tu trade pair apa sampai boleh rugi 30 Billion?
Kalu bagi aku trade pun tak sampai banyak tu rugi.:">
 
aku xkire...PR menang aku nak diorang siasat balik..sumbat mangkok2 hayun yang buat keje ******* ni...buduh..nak trade xreti...main buat ape..
 
Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion
12:07PM Jun 4 2012

Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

"Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992...," katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

"Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema" melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)," kata Lim

Sumber:Malaysiakini

lim kit siang nk trade porex pulokk... molek2 :))
 
hohoho diorang trade 1 pip rm100k kot?

bro... paling besar 4digit 10k aje...dan 5 digit 1k aje ...takde sampai 100k huhuhu maybe interbank boleh kot lot besar or wat kek lapis nih....:)):)):eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register