BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal Forex 1992

kronologi RCI Forex

A.
RCI Forex telah dibentukkan pada 2017 dan keputusan RCI Forex telah pun dikeluarkan pada 2017
RCI Forex dibentuk pada zaman pakJib


Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop, kata laporan RCI​


November 30, 2017 1:00 PM


mahathir_anwar_rci_bnm_600_new.jpg



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia dalam laporan lengkap yang dikeluarkan hari ini meletakkan kesalahan kepada bekas penasihat BNM, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Laporan itu juga mengesyorkan polis membuka siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dalam urusan tersebut.

Nor Yakcop menguruskan portfolio BNM antara 1986 hingga 1993, termasuk menguruskan rizab luar dan peraturan untuk pasaran kewangan dalaman.





“Walaupun beliau mendominasi dana BNM dan dilihat mempunyai kebebasan dalam urus niaga forex, beliau tidak mungkin dapat melaksanakan urus niaga berkenaan dalam tempoh yang lama tanpa kelulusan langsung atau tidak langsung daripada pihak atasan dan/atau individu lain yang mempunyai kuasa.

“Justeru, suruhanjaya telah meneliti liabiliti bersama individu-individu berkenaan di bawah Seksyen 34 atau Seksyen 107 Kanun Keseksaan dan boleh dikaitkan sebagai mempunyai niat yang sama atau bersubahat,” kata laporan itu.

Laporan setebal 400 muka surat itu yang diedarkan kepada ahli Parlimen hari ini berkata, siasatan itu perlu dilakuan terhadap semua pihak terlibat, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kakitangan BNM.

RCI itu turut mengesyorkan siasatan dijalankan terhadap ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

“Suruhanjaya berpendapat daripada fakta yang diberikan kepada inkuiri, terdapat asas untuk mencadangkan polis menjalankan siasatan rasmi terhadap kemungkinan berlakunya jenayah pecah amanah atau penipuan yang mungkin dilakukan oleh kakitangan BNM, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara, menteri kewangan dan perdana menteri dalam menjalankan urus niaga spekulasi forex dan menyembunyikan kerugian forex daripada pengetahuan Kabinet dan Parlimen,” kata laporan itu.

RCI itu berkata skandal forex sekitar 1990-an itu dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM30 bilion ketika Dr Mahathir merupakan perdana menteri.



RCI ditubuhkan untuk menentukan kebenaran dakwaan mengenai kerugian forex yang ditanggung BNM dan kesannya terhadap ekonomi negara.

Laporan berkenaan sudah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V oleh Pesuruhjaya RCI terdiri daripada Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choo Boon dan P Kanagarayar pada 13 Oktober lalu.

Walaupun tidak terdapat dalam Aturan Urusan Mesyuarat, laporan RCI setebal 400 halaman dalam bahasa Melayu dan Inggeris itu sudah berada di meja ahli Parlimen.

RCI itu dibentuk bagi memutuskan sama ada terdapat percubaan untuk menyembunyikan fakta dan maklumat mengenai kerugian, termasuk pengeluaran kenyataan oleh pegawai tinggi yang dikatakan mengelirukan Kabinet, Parlimen dan orang awam.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.
Selain itu, sebanyak 42 dokumen juga dikemukakan semasa prosiding.







Antara lain, walau beban salah diletakkan atas Mohamed Yalcop, namun ada beberapa org yg bersubahat, namely Tun M, DSAI dan Daim.
siasatan polis perlu dibuat




B.
Berdasarkan keputusan RCI berkenaan, maka setiausaha RCI failkan polis report pada 30/11/2017

Setiausaha RCI buat laporan polis​


November 30, 2017 @ 6:06pm



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.

Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail selaku Setiausaha suruhanjaya itu.

Yusof ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkata suruhanjaya mencadangkan agar pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian yang dialami BNM sekitar tahun 1990-an.

Beliau turut menyerahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an setebal lebih 400 muka surat yang dibentangkan di Parlimen, hari ini kepada polis.


Laporan berkenaan diagihkan kepada 222 Ahli Parlimen hari ini sebelum sidang Dewan Rakyat bermula Terdahulu, Yusof tiba di IPD Putrajaya kira-kira jam 4.10 petang dan keluar kira-kira jam 4.50 petang.
Menurut laporan itu, wujud asas untuk mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan rasmi kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Laporan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan tanggungjawab menguruskan negara adalah terletak pada barisan Kabinet pimpinannya.

DR Yusof Ismail keluar dari  IPD Putrajaya selepas membuat laporan mencadangkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kesalahan pecah amanah jenayah dan penipuan yang dilakukan oleh kakitangan Bank Negara, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.  - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
DR Yusof Ismail keluar dari IPD Putrajaya selepas membuat laporan mencadangkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas kesalahan pecah amanah jenayah dan penipuan yang dilakukan oleh kakitangan Bank Negara, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor





Forex: Individu dinamakan RCI mungkin disiasat polis - TPM Zahid​



Disember 1, 2017 18:52 MYT
Forex: Individu dinamakan RCI mungkin disiasat polis - TPM Zahid

ZAHID: Mereka mungkin akan dipanggil untuk siasatan - Foto Astro AWANI, Shahir Omar

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan individu yang dinamakan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an akan dipanggil untuk siasatan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun suruhanjaya itu tidak mempunyai kuasa perundangan khusus untuk mendakwa mereka tetapi berdasarkan syor kajian, individu terbabit boleh disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Sebagaimana yang dinyatakan Ketua Polis Negara, pihak polis, khususnya JSJK akan menjalankan siasatan jika ada laporan polis dibuat selain permintaan secara rasmi," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Karnival Planet Ummah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 2017 di Masjid Putra pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, pihak Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.






RCI forex: PDRM sedia kerjasama jalankan siasatan​

November 30, 2017 @ 5:01pm

KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia memberikan kerjasama terhadap syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kemungkinan berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan itu hanya akan dilakukan sekiranya ada asas untuk berbuat demikian dan pihaknya juga perlu menyemak laporan penuh mengenainya terlebih dulu sebelum apa-apa tindakan lanjut dibuat.

Katanya, setakat ini pihaknya belum lagi menerima permohonan mahu pun makluman rasmi daripada pihak berkenaan untuk menjalankan siasatan itu.

"Kita belum dapat maklumat lengkap, jadi saya pun tidak boleh beri komen lanjut setakat ini. Tak ada juga mana-mana pihak maklumkan saya mengenai perkara ini.





"Jika ada laporan rasmi dan sebagainya nanti, kita akan tengok kemudian. Kita kena tengok fakta dulu.

"Selepas itu kita akan buat analisa, tengok kalau ada merit yang perlu untuk kita buat siasatan, kita akan siasat. Kalau tak ada asas, macam mana kita nak siasat," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam laporan yang dibentangkan di Parlimen hari ini memaklumkan, wujud asas untuk mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan rasmi atas kemungkinan kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Laporan itu turut menyebut, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan tanggungjawab menguruskan negara terletak pada barisan Kabinet pimpinannya.

Suruhanjaya turut berpendapat, wujud asas untuk mengesyorkan PDRM melaksanakan siasatan rasmi kemungkinan kesalahan sama turut dilakukan pegawai BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tun Daim Zainuddin.







C.
19/12/2017 Tun M failkan saman pemula utk batalkan RCI Forex

RCI Forex: Dr M fail saman pemula​

Disember 19, 2017 @ 7:15pm

TUN Dr Mahathir Mohamad. - Foto Farizul Hafiz Awang
TUN Dr Mahathir Mohamad. - Foto Farizul Hafiz Awang

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengemukakan saman pemula di Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan perisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an, adalah tidak sah.

Dr Mahathir yang bertindak selaku plaintif memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi melalui firma guaman Tetuan Haniff Khatri.

Dalam saman pemula itu, Dr Mahathir menamakan panel Suruhanya Siasatan iaitu Pengerusinya Tan Sri Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Kamaludin Md Said; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan Tan Sri Saw Choo Boon; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia K Pushpanathan selaku defendan.
Turut dinamakan sebagai defendan ialah Setiausaha Suruhanjaya Siasatan, iaitu Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Datuk Dr Yusof Ismail; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; menteri Kabinet; dan Kerajaan Malaysia.




Melalui saman pemula itu, Dr Mahathir menuntut perisytiharan bahawa Laporan Suruhanjaya Siasatan bertarikh 13 Oktober lalu adalah tidak sah, terbatal dan tidak lengkap serta tidak terpakai berikutan kegagalan dan kecuaian panel Suruhanjaya Siasatan.




D.
Pada 7/2/2018, PDRM dikatakan hampir melengkapkan siasatan utk RCI Forex


PDRM hampir selesai teliti laporan RCI Forex​

Februari 7, 2018 @ 12:48pm

TAN Sri Mohamad Fuzi Harun.- Foto Mohamad Shahril Badri Saali
TAN Sri Mohamad Fuzi Harun.- Foto Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hampir melengkapkan siasatan meneliti laporan disediakan Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun, berkata ketika ini, siasatan kes terbabit dijalankan pasukan penyiasat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

"Kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang yang ada sebaik siasatan selesai dilakukan.

"Siasatan ini mengambil masa kerana kita perlu mendapatkan maklumat dari beberapa negara yang terbabit dalam laporan berkenaan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.




Fuzi berkata, pihaknya tidak dapat mendedahkan butiran lanjut secara lebih terperinci kerana bimbang dikhuatiri mengganggu siasatan.
"Beri kita masa (PDRM) untuk memperkemaskan dan melengkapkan siasatan ini sebelum tindakan selanjutnya dilakukan," katanya.

PDRM memulakan siasatan mengikut perundangan, kemungkinan berlakunya pecah manah dan penipuan ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar 1990-an, selepas laporan polis dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM), hujung November lalu.

Laporan dibuat Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail, selaku Setiausaha suruhanjaya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Suruhanjaya itu mencadangkan PDRM menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pegawai BNM, Lembaga Pengarah BNM, Kementerian Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaan aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian dialami BNM sekitar 1990-an.



E.
Pilihan raya diadakan pada 9 Mei 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018
ye yg menjadi PM adalah Tun M bagi pemerintahan PH
dan ye DSAI adalah sekutu dlm PH

F.
Pada 1 Julai 2019, menidang Liew Vui Keong berkata bahawa tiada tindakan lanjut i.e NFA utk dapatan RCI Forex

1652480745982.png



Tiada tindakan lanjut untuk dapatan RCI forex

Diterbitkan: Jul 1, 2019 11:48 PM

Dikemaskini: 11:48 PM



PARLIMEN | Laporan polis berdasarkan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran mata wang asing pada 1990-an dulu diklasifikasikan sebagai "tiada tindakan lanjut".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong berkata penelitian daripada dapatan itu mendapati ada kekurangan keterangan dokumentari bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Hal itu kerana katanya kejadian berkenaan berlaku lebih 25 tahun dan dokumen asal mengenainya gagal diperolehi.

"Pada masa sama, pengadu juga menarik balik laporan polis yang dibuatnya.

"Oleh itu, kes berkenaan diputuskan sebagai NFA (no further action)," katanya dalam jawapan bertulis hari ini.

Liew sebelum itu menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya mengenai tindakan susulan diambil pihak berkuasa terhadap skandal tersebut dan laporan polis yang dibuat mengenainya.

Ahmad juga bertanya mengenai pendirian kerajaan untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal 1MDB, Lembaga Tabung Haji, Felda dan Mara.

"Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya," katanya.

Bagaimanapun Liew tidak memberikan jawapan kepada soalan berkenaan.



G.

17/5/2018

1652482143440.png


RCI Forex - mahkamah tolak permohonan Dr M lucutkan hakim

Diterbitkan: May 17, 2018 1:02 PM

Dikemaskini: 1:22 PM


Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak saman pemula Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melucutkan Hakim Datuk Azizah Nawawi daripada membicarakan cabaran mengenai penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian pertukaran mata wang (forex) Bank Negara pada sekitar tahun 1990-an.

Hakim Azizah berkata Mahathir tidak menunjukkan wujudnya sebarang bahaya sebenar mengenai kemungkinan berat sebelah dan bukan hanya berdasarkan syak wasangka yang munasabah semata-mata.

Menurut beliau, permohonan kali ini berbeza dengan cabaran terdahulu mengenai komposisi RCI yang dibicarakan oleh mahkamah yang sama.
"Permohonan semasa adalah mencabar penemuan RCI kerana gagal memasukkan laporan keseluruhan nota prosiding termasuk testimoni lisan.




"Sebaliknya, mahkamah menyedari bahaya dalam melucutkan fungsi dan tugas kehakimannya jika membenarkan permohonan itu."
Hakim Azizah kemudian menolak permohonan Mahathir itu tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Peguam Mahathir, Irwan Izwat Mohd Noor berkata mahkamah kemudian menetapkan 25 Jun sebagai pengurusan kes dan dia akan mendapatkan arahan selanjutnya mengenai sama ada untuk membuat rayuan.

Mahathir mahu Azizah melucutkan dirinya kerana mendakwa terdapat kecenderungan berat sebelah kerana hakim yang sama memutuskan satu lagi cabaran Mahathir terhadap keanggotaan iaitu pengerusi RCI itu, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan seorang anggotanya, Tan Sri Saw Choo Boon dikeluarkan.

Pada awal Disember 2017, Mahathir memfailkan saman pemula dengan menamakan semua enam anggota RCI iaitu Sidek, Saw, Datuk Wira Kamaludin Md Said, Datuk Seri Tajuddin Atan, Tan Sri Saw Choon Boon, K Pushpanathanan, Datuk Dr Yusof Ismail selain bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, dan jemaah menteri serta kerajaan sebagai defendan.

Dalam samannya, Mahathir memohon deklarasi bahawa mana-mana 'Laporan Siasatan Diraja' oleh mana-mana RCI yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 hanya sah sekiranya mengandungi semua bahan yang ditampilkan pada keseluruhan prosiding suruhanjaya tersebut, termasuk kesemua penyata bertulis saksi-saksi yang dipanggil memberi keterangan di dalam prosiding RCI.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa laporan suruhanjaya itu tidak sah dan/atau terbatal dan/atau tidak terpakai sama sekali atas alasan kegagalan dan/atau kecuaian semua defendan untuk memasukkan keseluruhan nota prosiding berkaitan dengan keterangan lisan saksi yang dipanggil memberi keterangan sama ada transkripsi atau rakaman video, semua permohonan dan hujahan pihak-pihak sama ada hujahan bertulis atau lisan.

Laporan RCI menyatakan Bank Negara kerugian kira-kira RM31.5 bilion susulan kegiatan spekulasi dalam tukaran wang asing yang berlaku antara 1992 hingga 1994.

Ia antara lain menamakan Mahathir, bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas penasihat Bank Negara Tan Sri Nor Mohamed Yakcop sebagai pihak yang bertanggungjawab atas kerugian itu.




H.

Mahkamah tolak rayuan Dr M kembalikan saman terhadap laporan RCI forex​





August 28, 2019 7:04 PM


Mahathir-Mohamad-FMT-290819_2.jpg


Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.
Hakim Ahmadi Asnawi yang mempengerusikan panel 3 hakim menegaskan dapatan RCI tidak boleh dicabar.

Beliau berkata apa yang dicabar Mahathir adalah dapatan RCI itu sendiri seperti yang terkandung dalam laporan RCI.




Sehubungan itu, Ahmadi berkata keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan RCI membabitkan klip video kontroversial seorang bekas peguam, VK Lingam, terpakai dalam kes Mahathir.







Pada 2011, Mahkamah Persekutuan memutuskan dapatan RCI dalam kes klip video Lingam tidak boleh disemak semula kerana pesuruhjaya hanya membuat penemuan dan bukannya keputusan.

Ahmadi yang bersidang bersama Hakim Lau Bee Lan dan Has Zanah Mehat berkata Seksyen 22 Akta Suruhanjaya Siasatan memperuntukkan budi bicara yang meluas kepada RCI untuk mengawal selia urusannya dan prosedurnya sendiri, termasuk mengumpul laporan serta peraturan untuk laporan itu dipersembahkan kepada Agong.

“Kami juga berpendapat bukanlah peranan mahkamah ini untuk memberitahu RCI bagaimana untuk mengendalikan urusannya,” katanya.
Panel itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Dis 2018 untuk membatalkan saman pemula Dr Mahathir yang memohon perisytiharan bahawa laporan RCI mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM adalah tidak sah, tidak lengkap dan cacat kerana ia tidak memasukkan dokumen undang-undang saksi, nota prosiding dan hujahan lisan.

Dalam saman yang difailkan pada Disember 2017, Mahathir turut memohon mahkamah mengisytiharkan sebarang laporan oleh RCI yang diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan akan hanya menjadi sah sekiranya ia mengandungi kenyataan bertulis oleh saksi yang memberi keterangan dalam prosiding, selain nota prosiding dan hujahan.

Beliau menamakan Pengerusi RCI, Mohd Sidek Hassan, anggota suruhanjaya yang terdiri daripada Wira Kamaludin Md Said, Tajuddin Atan, Saw Choo Boon, K Pushpanathanan dan Yusof Ismail, bekas perdana menteri Najib Razak, anggota Kabinet serta kerajaan, sebagai defendan dalam saman itu.



Sebelum itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mahathir, berkata anak guamnya bukan memohon untuk membatalkan dapatan RCI, sebaliknya mahu perisytiharan laporan itu hanya akan lengkap dan sah sekiranya ia mengandungi dokumen yang berkaitan.

Bagaimanapun, peguam kanan persekutuan Mazlifah Ayob, yang mewakili responden, berhujah jika laporan RCI diisytiharkan batal dan tidak sah, dapatan dan syor RCI juga akan diisytiharkan batal dan tidak sah, oleh itu, keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas dapatan RCI berhubung klip video Lingam turut terpakai dalam kes Mahathir.
 
and the blaming game begins. kekeke
 
Back
Top
Log in Register