BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal Forex 1992

keputusan RCI Forex dah ada

blaming games mcmana tu tn reezn?

tu 'Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop'. blaming lah tu. hehe

mungkinkah akan ada scapegoat?
 
tu 'Kerugian forex 1990-an salah Nor Mohamed Yakcop'. blaming lah tu. hehe

mungkinkah akan ada scapegoat?
aduhai tuan, tu result RCI,
bukan surat khabar bercakap atau create rumours
atau ahli politik dok bercakap cakap serang menyerang


tuan kena bezakan RCI dengan selain dari tu

suruhanjaya RCI yg terdiri dari pelbagai kedudukan yg buat bicara panggil saksi saksi utk tentukan kedudukan forex masa tun M tu


Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi, Kamaludin; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.


keputusan RCI ni adalah muktamad takleh dicabar
even Tun M failkan saman pemula utk batalkan RCI Forex nipun tak menjadi, Mahkamah tolak

jadi part mana pulak blaming games nya?
 
aduhai tuan, tu result RCI,
bukan surat khabar bercakap atau create rumours
atau ahli politik dok bercakap cakap serang menyerang


tuan kena bezakan RCI dengan selain dari tu

suruhanjaya RCI yg terdiri dari pelbagai kedudukan yg buat bicara panggil saksi saksi utk tentukan kedudukan forex masa tun M tu


Siasatan RCI itu dipengerusikan bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Hakim Mahkamah Tinggi, Kamaludin; Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Atan; Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan, Tan Sri Saw Choo Boon; Ahli Institut Akauntan Malaysia, K Pushpanathan; dan Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail.

Seramai 25 saksi termasuk Dr Mahathir dan Anwar, di samping bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan pegawai tertinggi bank termasuk gabenor, dipanggil memberi keterangan di depan panel suruhanjaya yang bersidang selama 8 hari.


keputusan RCI ni adalah muktamad takleh dicabar
even Tun M failkan saman pemula utk batalkan RCI Forex nipun tak menjadi, Mahkamah tolak

jadi part mana pulak blaming games nya?

Nor Mohamed Yakcop lah yg kena.
 
Nor Mohamed Yakcop lah yg kena.
tn reezn, dah result RCI sebgitu
bukan sembrono keputusan dibuat
saksi saksi dah dipanggil semua sekali termasuk Tun M dan DSAI

RCI ni semacam mahkamah, cuma keputusannya adalah muktamad
takde sesiapa boleh cabar keputusan RCI


seperti mahkamah jika buat keputusan, jadi adakah keputusannya tu blaming games?
cuma keputusan mahkamah boleh dibuat rayuan sehingga keperingkat tertinggi


seperti dlm kes Teh Beng Hock, RCI juga dibuat kan
ada result nya
 
tn reezn, dah result RCI sebgitu
bukan sembrono keputusan dibuat
saksi saki dah dipanggil semua sekali termasuk Tun M dan DSAI

RCI ni semacam mahkamah, cuma keputusannya adalah muktamad
takde sesiapa boleh cabar keputusan RCI


seperti mahkamah jika buat keputusan, jadi adakah keputusannya tu blaming games?
cuma keputusan mahkamah boleh dibuat rayuan sehingga keperingkat tertinggi


seperti dlm kes Teh Beng Hock, RCI juga dibuat kan
ada result nya

harap dapat balik la 30 bilion (mungkin lebih) tu semula.
 
ni perkembangan selanjutnya mengenai RCI Forex

A.

Kerajaan perlu laksana cadangan RCI forex, kata Ku Li​


July 2, 2019 4:00 PM

FMT-YB-TAN-SRI-TENGKU-RAZALEIGH-HAMZAH-MP-UMNO-BN-GUA-MUSANG-KELANTAN-020719-7.jpg


Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

KUALA LUMPUR: Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja menyiasat kerugian urus niaga tukaran mata wang asing (forex) oleh Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Ini selepas Putrajaya berkata “tiada tindakan lanjut” ke atas penemuan RCI itu yang antara lain mencadangkan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim disiasat atas peranan mereka dalam kerugian itu.

“Ia adalah perkara serius kerana kerajaan mengalami kerugian lebih RM30 bilion disebabkan urus niaga forex itu.
“Kita tidak sepatutnya terbabit, khasnya Bank Negara yang didakwa melakukannya,” kata ahli Parlimen Gua Musang itu di lobi Parlimen hari ini.





RCI itu dalam laporan setebal 400 muka surat menyalahkan bekas penasihat BNM, Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

Ia turut mengesyorkan polis menyiasat Mahathir dan Anwar yang juga menteri kewangan ketika itu, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, penelitian ke atas cadangan RCI itu mendapati ada kekurangan keterangan dokumentari bagi membuktikan dakwaan itu.
Ini kerana, katanya, kejadian itu berlaku lebih 25 tahun lalu dan dokumen asal mengenainya gagal diperolehi.


Ditanya sama ada keputusan “tiada tindakan lanjut” itu ialah satu bentuk penutupan, Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, apa saja yang dicadangkan RCI perlu dipertimbang dan dilaksanakan.
“Itu barulah adil, kalau tidak kenapa kita ada RCI?” soalnya.


B.

Laporan RCI forex ‘cacat’, peguam Dr M kata tak perlu tindakan lanjut​


July 2, 2019 11:01 PM

Mahathir-Mohamad-3-240619.jpg


PETALING JAYA: Peguam Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk susulan ke atas syor-syor Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal urus niaga tukaran mata wang asing pada 1990-an, susulan gesaan daripada veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah awal hari ini.


Haniff Khatri Abdulla berkata laporan RCI itu tidak boleh membantu pembacanya kerana ia tidak mengandungi semua bahan yang perlu, seperti bahan-bahan yang dikemukakan oleh Dr Mahathir semasa siasatan.

“Tanpa memasukkan bahan-bahan itu, adakah laporan itu boleh dianggap lengkap bagi pembacanya, seperti Tengku Razaleigh atau mana-mana orang pun yang hanya membacanya bertahun-tahun selepas laporan itu diterbitkan?” katanya kepada FMT.
“Sudah tentu tidak. Laporan itu tidak cukup, tidak lengkap, dan dalam bahasa mudahnya, ‘cacat’,” tambahnya.



Haniff menyorot perhatian kepada laporan mereka mengenai prosiding RCI itu, di mana ia mendakwa saksi tidak boleh diperiksa balas sehabis-habisnya.

“Saksi material tidak dipanggil balik dan saksi-saksi lain tidak dibenarkan dipanggil,” katanya.

“Yang lebih penting, angka RM30 bilion itu cuma anggaran. Ia langsung tidak dibuktikan, mengikut keterangan yang dikemukakan di RCI itu.”

Atas sebab-sebab itu, Haniff berpandangan kerajaan mengambil langkah yang betul apabila ia tidak mengambil tindakan lanjut ke atas dapatan dan syor-syor RCI itu.

“Apa-apa dapatan daripada mana-mana RCI yang dilihat tidak cukup dan tidak tepat bermaksud syor-syornya tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Semalam di Dewan Rakyat, Menteri Undang-undang Liew Vui Keong memaklumkan “tiada tindakan lanjut” ke atas dapatan RCI itu.

Dalam laporan setebal 400 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 November 2017, RCI berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian RM31.5 bilion dalam urus niaga mata wang asing pada 1992 hingga 1994, dan bekas penasihat BNM, Nor Mohamed Yakcop bertanggungjawab atas kerugian itu.

Ia juga berkata urusan forex berlebihan atau spekulasi boleh dihentikan lebih awal dan kerugian ditanggung akan berkurangan atau terkawal, jika Daim Zainuddin, menteri kewangan dari 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991, lebih bertanggungjawab dan menjalankan penyeliaan lebih teliti.

RCI turut mengesyorkan polis menyiasat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang menggalas portfolio kewangan selepas Daim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Haniff berkata cabaran terhadap laporan RCI itu oleh pihaknya sudah difailkan di mahkamah dan ia belum selesai di mahkamah.
Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Ogos di Mahkamah Rayuan, katanya.





C.

Kit Siang mum on ‘no further action’ on RCI forex report​


July 2, 2019 11:52 PM

Lim-Kit-Siang-020719.jpg


Lim Kit Siang says he discussed national issues with Dr Mahathir Mohamad at their meeting today.

KUALA LUMPUR: DAP supremo Lim Kit Siang has declined to comment on the government’s decision that “no further action” will be taken on the findings of a royal commission of inquiry (RCI) into Bank Negara Malaysia’s foreign exchange losses in the 1990s.

This comes after Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah said the government has a duty to implement the RCI’s recommendations.

Met at a DAP Sentul Hari Raya open house this evening, Lim only smiled and shook his head when reporters approached him.
“This is not the right place (to ask questions). This event is to celebrate art and literature,” he said.



Also present was national laureate A Samad Said.

Pressed further, Lim only smiled and said: “At a different place, lah.”

Tengku Razaleigh’s comments followed a statement by Minister in the Prime Minister’s Department Liew Vui Keong in the Dewan Rakyat that there will be “no further action” on the RCI findings with regards to calls to investigate Prime Minister Dr Mahathir Mohamad and former finance minister Anwar Ibrahim over their roles in the foreign exchange losses.

Asked about his meeting with Mahathir earlier in the day, Lim said they only discussed national issues.

The meeting, lasting 45 minutes from 9am, was said to be the Iskandar Puteri MP’s second face-to-face meeting with the prime minister since the last general election.



D.

Mahkamah tolak rayuan Dr M kembalikan saman terhadap laporan RCI forex​


August 28, 2019 7:04 PM

Mahathir-Mohamad-FMT-290819_2.jpg


Dr Mahathir Mohamad.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan semula saman beliau yang memohon perisytiharan untuk membatalkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an.

Hakim Ahmadi Asnawi yang mempengerusikan panel 3 hakim menegaskan dapatan RCI tidak boleh dicabar.

Beliau berkata apa yang dicabar Mahathir adalah dapatan RCI itu sendiri seperti yang terkandung dalam laporan RCI.




Sehubungan itu, Ahmadi berkata keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan RCI membabitkan klip video kontroversial seorang bekas peguam, VK Lingam, terpakai dalam kes Mahathir.



Pada 2011, Mahkamah Persekutuan memutuskan dapatan RCI dalam kes klip video Lingam tidak boleh disemak semula kerana pesuruhjaya hanya membuat penemuan dan bukannya keputusan.

Ahmadi yang bersidang bersama Hakim Lau Bee Lan dan Has Zanah Mehat berkata Seksyen 22 Akta Suruhanjaya Siasatan memperuntukkan budi bicara yang meluas kepada RCI untuk mengawal selia urusannya dan prosedurnya sendiri, termasuk mengumpul laporan serta peraturan untuk laporan itu dipersembahkan kepada Agong.

“Kami juga berpendapat bukanlah peranan mahkamah ini untuk memberitahu RCI bagaimana untuk mengendalikan urusannya,” katanya.

Panel itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Dis 2018 untuk membatalkan saman pemula Dr Mahathir yang memohon perisytiharan bahawa laporan RCI mengenai kerugian urus niaga mata wang asing oleh BNM adalah tidak sah, tidak lengkap dan cacat kerana ia tidak memasukkan dokumen undang-undang saksi, nota prosiding dan hujahan lisan.

Dalam saman yang difailkan pada Disember 2017, Mahathir turut memohon mahkamah mengisytiharkan sebarang laporan oleh RCI yang diwujudkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan akan hanya menjadi sah sekiranya ia mengandungi kenyataan bertulis oleh saksi yang memberi keterangan dalam prosiding, selain nota prosiding dan hujahan.

Beliau menamakan Pengerusi RCI, Mohd Sidek Hassan, anggota suruhanjaya yang terdiri daripada Wira Kamaludin Md Said, Tajuddin Atan, Saw Choo Boon, K Pushpanathanan dan Yusof Ismail, bekas perdana menteri Najib Razak, anggota Kabinet serta kerajaan, sebagai defendan dalam saman itu.

Sebelum itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Mahathir, berkata anak guamnya bukan memohon untuk membatalkan dapatan RCI, sebaliknya mahu perisytiharan laporan itu hanya akan lengkap dan sah sekiranya ia mengandungi dokumen yang berkaitan.

Bagaimanapun, peguam kanan persekutuan Mazlifah Ayob, yang mewakili responden, berhujah jika laporan RCI diisytiharkan batal dan tidak sah, dapatan dan syor RCI juga akan diisytiharkan batal dan tidak sah, oleh itu, keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas dapatan RCI berhubung klip video Lingam turut terpakai dalam kes Mahathir.




E.

Najib persoal tiada tindakan berhubung RCI Forex​


January 27, 2020 12:09 PM

Najib-Razak-130120-10.jpg


Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat kerugian tukaran asing BNM merupakan badan siasatan tertinggi negara dan syor dikeluarkannya perlu diambil tindakan dan dipatuhi.

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan kegagalan pihak berkuasa bertindak ke atas cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kerugian urus niaga tukaran mata wang asing (Forex) Bank Negara Malaysia pada 1990-an.

Najib berkata, RCI yang ditubuhkan bagi menyiasat perkara berkenaan merupakan badan siasatan tertinggi negara dan syor dikeluarkan oleh suruhanjaya itu perlu diambil tindakan dan dipatuhi.

“Syor laporan RCI untuk skandal forex di mana wang rakyat sebanyak RM33 bilion (bersamaan dengan nilai RM100 bilion sekarang) lesap adalah untuk pihak polis menyiasat penyalahgunaan kuasa dan salah laku.
“Sehingga kini, satu sen dari wang RM33 bilion yang hilang itu tidak pernah dikembalikan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.



Dalam laporan setebal 400 muka surat, RCI, yang dipengerusikan oleh bekas ketua setiausaha negara dan pengerusi Petronas, Mohd Sidek Hassan, menyalahkan bekas penasihat BNM, Nor Mohamed Yakcop atas kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung bank pusat itu dalam urus niaga forex pada 1992 hingga 1994.

Ia turut mengesyorkan polis menyiasat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan ketika itu, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Pada Julai tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong dilaporkan berkata, penelitian ke atas cadangan RCI itu mendapati ada kekurangan keterangan dokumentari bagi membuktikan dakwaan itu.
Ini kerana, katanya, kejadian itu berlaku lebih 25 tahun lalu dan dokumen asal mengenainya gagal diperolehi.

Najib berkata, selepas syor RCI berkenaan dikeluarkan, sehingga kini masih tidak ada seorang yang pernah didakwa atau bertanggungjawab atas kehilangan dana berkenaan, atau disabitkan kesalahan kerana menyorok perkara berkenaan dari pengetahuan awam.

“Apakah saranan dikeluarkan suruhanjaya itu boleh diketepikan begitu sahaja dengan mengklasifikan kes ini sebagai “tiada tindakan lanjut” (No Further Action),” katanya

 
Pada masa skandal 1992 Nor Mohamed bin Yakcop ialah penasihat BNM. Kira salah nasihat lah ni jadi punahsihat :ROFLMAO:

kekeke. ke mamak memang x leh dipurcayai. kah kah kah
lama dah den dengar. mamak ni memang kaki putar.
 
Back
Top
Log in Register