BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Skandal Forex 1992

thelastsamurai

Active+ Member
Messages
2,899
Joined
May 24, 2012
Messages
2,899
Reaction score
63
Points
30
Pakatan akan siasat semula skandal forex RM30 bilion
12:07PM Jun 4 2012

Pakatan Rakyat akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan kerugian besar Bank Negara sebanyak RM30 bilion melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992 sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, Pakatan juga akan menyiasat semua dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

"Sekiranya Pakatan mengambil alih sebagai kerajaan persekutuan dalam pilihan raya umum yang akan datang, satu Suruhanjaya siasatan diraja mestilah ditubuhkan untuk menyiasat kerugian skandal forex Bank Negara bernilai RM30 bilion dalam 1992...," katanya.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

"Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

"Kata Rosli semalam, dakwaan kerugian oleh Bank Negara telah "diperkecilkan secara berskema" melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)," kata Lim

Sumber:Malaysiakini
 
memang banyak gilerrrrrr
 
rm30billion tu byk...hanya pencacai@ umno yg x tau mengira aje kata xbyk sebab tu bg depa ini kes terpencil..yg kes besaq bg mrk pungkok kahkahkah
 
perghhh..banyak tu..
bagi kat den skang..kayo den...
 
Siapa lah IB Bank Negara masa tu mesti banyak komesen hahaha
 
hohoho diorang trade 1 pip rm100k kot?
 
Rasanya kes ni yg menyebabkan matawang kita jatuh teruk berbanding singdollar. Kadar tukaran merosot dari 1:1.2 ke 1:2.2.

Bukan salah penyangak matawang si soros tu ke? Itu alasan yang diwar-warkan.
 
Back
Top
Log in Register