BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem PV Solar Honda Malaysia Tetapkan Penanda Aras Baharu Agenda Perindustrian Hijau Melaka

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Sistem PV Solar Honda Malaysia Tetapkan Penanda Aras Baharu Agenda Perindustrian Hijau Melaka​

951fa9ec79dfa5107e0f3bc45e5c3b0c6a6322628c613

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) ketika melawat ruang pameran selepas menyempurnakan majlis pelancaran Sistem Fotovoltaik (PV) Solar Honda Malaysia di sini hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan Negeri Melaka kekal komited untuk mempercepat agenda perindustrian hijau negeri itu, dengan menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih meluas dalam kalangan pengilang, dengan Sistem Fotovolta (PV) Suria baharu Honda Malaysia dijadikan penanda aras bagi sektor perindustrian, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata projek Sistem PV Suria bernilai RM14 juta itu, merupakan satu pencapaian penting dalam peralihan negeri ke arah pembuatan mampan serta mencerminkan komitmen Honda Malaysia untuk mengintegrasikan tenaga boleh baharu dalam operasi pembuatannya.

“Peralihan kepada tenaga boleh baharu dan tenaga rendah karbon bukan lagi satu pilihan. Ia kini menjadi satu keperluan bagi industri yang mahu kekal berdaya tahan, relevan dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Sistem PV Suria Honda Malaysia di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn Bhd Narushi Yazaki.

Projek itu melibatkan pemasangan 8,960 panel solar di bumbung kilang syarikat dengan jumlah kapasiti 5.6 megawatt puncak (MWp), serta disokong Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) berkapasiti 5.8 megawatt-jam, sekali gus menjadikan Honda Malaysia pengeluar automotif pertama di Malaysia yang melaksanakan sistem PV Suria dan BESS bersepadu.

Ab Rauf berkata sistem itu dijangka menjana kira-kira 7,042 megawatt-jam tenaga elektrik boleh baharu setiap tahun, sekali gus membekalkan sekitar 10 peratus daripada keperluan elektrik bagi operasi pembuatan Honda Malaysia di Pegoh.

Beliau berkata projek itu juga diunjurkan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak hampir 4,584 tan setahun, yang mewakili pengurangan sebanyak 10 peratus terhadap jejak karbon operasi pembuatan syarikat.

Ab Rauf berkata sistem itu telah menunjukkan manfaat yang ketara dalam tempoh tiga bulan pertama operasinya apabila menjana 1,751 megawatt-jam tenaga elektrik boleh baharu, iaitu hampir satu perempat daripada unjuran pengeluaran tahunannya, di samping menghasilkan anggaran penjimatan kos elektrik hampir RM900,000.

Beliau berkata inisiatif itu selaras dengan Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035, yang menyasarkan kerajaan negeri mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 300 megawatt.

 
Back
Top
Log in Register