BTC USD 81,240.9 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sistem forex dr.wan

mana trader2 yang pernah ikut kelas Dr Wan sila lah kongsi kat sini
mcm mana bolih popit ke dengan menggunakan sistem Dr Wan tu...
bukan apa kalau ok... minat juga nak join kelas tu..tapi kalau hampeeh
tak payah le buang RM 550.00 tu, buang masa je 2 hari kat situ...
he he he.....ade ke?
 
salam,

Buang duit... buang masa jer :D .......
 
aku nak gi....kumpul duit dlu...mihahahaha kalo x ok kan ade gerenti...xjutawan aku, aku lesing die:))
 
hehehehe.... jgn lesing jer bro :D ..... kasi SEMPAP dia sekali :D
 
haiya...buat apalah nak bercakaran di lubuk yang kecil...sedangkan lautan masih besar belom deterokai...
 
aku nak gi....kumpul duit dlu...mihahahaha kalo x ok kan ade gerenti...xjutawan aku, aku lesing die:))

woo sanggup pegi eh, hebat gak dr wan ni, bole bagi gerenti sistem dia pasti membuahkan hasil :p
 
SISTEM FOREX YANG TIDAK MENGGUNAKAN
INDICATORS, SIGNAL, ROBOT ATAU 'STOP
LOSS' JUGA TIDAK PERLU MENGELUARKAN
MODAL (MODAL US$20 DIBERI PERCUMA)

wow...diberi percuma usd20, tapi kena bayar yuran rm550.?????:eek::eek::eek:
 
kalau nak belajar forex, kat babypips pun ada jugak, free plak tu.. : )
 
APA KATA MEREKA

Saya telah menghadiri banyak seminar-seminar Forex, kebanyakan mereka
menggunakan indicators, signal dan robot, tetapi saya mengalami kerugian
hampir RM50,000. Tetapi selepas saya menghadiri seminar Forex Sistem
Dr.Wan, saya sudah memperolehi keuntungan kembali.

Haji Khalid Mohamad, Kuala Lumpur.

Pada mulanya saya tidak mempercayai bahawa tanpa menggunakan teknik
indicator dan signal atau 'Stop Loss' seseorang itu boleh memperolehi
keuntungan. Tetapi selepas menggunakan Sistem Forex Dr.Wan saya telah
memperolehi keuntungan sebanyak RM10,000 pada bulan pertama..

Ismail Abu Kassim, Kuala Lumpur.

Selepas 3 bulan saya menghadiri seminar Dr.Wan, saya telah meletak
jawatan sebagai juruteknik di sebuah syarikat korporat. Kini saya berdagang
Forex secara sepenuh masa dan pendapatan saya hampir mencecah
RM15,000 setiap bulan.

Mohd Hadi Sulaiman, Johor Bahru.

Oleh kerana saya sibuk dengan tugas harian saya dan tidak mempunyai
masa menggunakan komputer berdagang Forex, maka saya telah
menggunakan salah satu teknik Sistem Forex Dr.Wan iaitu Menjana Wang
Semasa Tidur. Kini saya boleh memperolehi sekurang-kurang 100 PIP sehari
dengan menggunakan teknik tersebut.

Jailani Mohd Ali, Sabah.

Saya telah berjaya membeli sebidang tanah seluar 22 ekar, hasil daripada
berdagang Forex selama 6 bulan menggunakan teknik Sistem Forex Dr.Wan.

Mohd Alif Asyraf, Ipoh.

menarik..tp lebih menarik kalu dia tepek sekali no telefon setiap testimoni tu.....baru jantan
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12355
USD / JPY
158.015
GBP / USD
1.33285
USD / CHF
0.82593
USD / CAD
1.41575
EUR / JPY
177.538
AUD / USD
0.69510
Back
Top
Log in Register