BTC USD 76,497.4 Gold USD 4,353.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Siri Poco F7 Akan Di Lengkapi Dengan Cip Snapdragon 8 Elite

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Siri Poco F7 dijadualkan untuk pelancaran rasmi pada 27 Mac 2025, dengan dua model utama iaitu Poco F7 Pro dan Poco F7 Ultra. Poco telah mula mendedahkan butiran penting mengenai peranti menjelang pelancarannya.

IMG_5659-950x1188.jpeg.webp


Kedua-dua peranti ini akan menggunakan cip Snapdragon untuk meningkatkan prestasi. Poco F7 Ultra bakal hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite menjadikan ia sesuai untuk penggunaan berat seperti permua. Poco F7 Pro pula dijangka menawarkan keseimbangan antara prestasi dan kecekapan tenaga dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Poco nampaknya fokus kepada ciri yang memenuhi keperluan pelbagai pengguna.

IMG_5660-950x1188.jpeg.webp


Siri ini turut menyertakan skrin 120Hz 2K AMOLED untuk paparan lancar bersama bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W. Perlindungan tambahan juga diberikan dengan kalis air IP68. Spesifikasi lebih lanjut bakal diumumkan dalam beberapa hari lagi.​
 
Back
Top
Log in Register